Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 5 tak ada cinta sepertimu | Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Before sampai rumah mertua, encik suami beli topup Njoi. Hehe... Dia tahu isteri minat megadrama, that why pergi beli. Sampai rumah dalam jam 5... Selesai semua urusan, jam 9 terpacak depan tv. Kami layan dakwah live dulu di tv al-hijrah. Topik pun best malam ni pasal bapak. Selesai tengok dakwah... Terus tukar channel 104... Layan pulak megadrama.
Malam ni punya episod... Benci betul tengok watak kamarul... Gunting dalam lipatan sungguh, menangguk di air yang keroh... Sah dia yang upah orang ikut Athea dan Hasran pegi beli wallpaper dan tengok Qayum main bola. Lepas tu memandai bagitau Bella... Yang Athea dan Hasran ada hubungan sulit. Siap tunjuk gambar lagi. Malah, bagitau yang semua gambar tu Athea yang hantar. Huhu... See, betapa bahayanya teknologi... Boleh memutuskan hubungan sesama manusia dalam sekelip mata tau... Jika tanpa usul periksa.
Apalagi, bila Bella termakan kata fitnah Kamarul... Tanpa usul periksa, dia terus ajak family dia berjumpa family Hasran. Ceritakan apa yang dah berlaku. Sudahnya, Hasran kena sound dengan ibunya. Then, Hasran jumpa Bella untuk terangkan perkara sebenar... Tapi, Bella tetap jugak nak putuskan pertunangan dorang. Baik putus... Yang dia keluar dengan Kamarul tanpa pengetahuan Hasran... TAK SALAH KE?
Hasran terus balik. At the same time, Athea pulak berasa hairan... Sebab dua hari tak jumpa. Konon nak bincang pasal design dalam rumah... Sudahnya, Athea hantar mee goreng ke rumah Hasran... Tapi kesian, kena sound pulak dengan Hasran... Siap bagi amaran lagi... Tak nak lansung ada hubungan lagi dah dengan Athea dan anak-anaknya. Athea yang tak tahu apa-apa... Terus tergamam, nasib baik adik Hasran pandai cover. Hurmmm... Next episod mesti Athea menjauhkan diri dari Hasran kan? Apa-apa pun, itu serba sedikit wrap-up tentang episod 5 tak ada cinta sepertimu dari Fiza.
Watak Azam muncul dalam hidup Athea bila dia tidak lagi berjumpa dengan Hasran? Maybe dalam episod 6 malam esok kot. 😊 |
Oklah... Good night. Penat tak habis lagi, mata mengantuk dah oi... Nanti kita sambung lagi dengan next episode ya.
4 Comments
wah peminat drama nih
ReplyDeleteHaha... Kalau pelakon best, jalan cerita menarik... Memang Fiza layan Hans 😊
DeleteLama dah mai tak layan drama melayu.. Hehehe skrg duk gila main game aje. :P
ReplyDeleteMai layan game apa?
DeleteAkak kalau cerita best... Pelakon ok... Layan jugak Mai. Ada jugak drama yang akak tak layan. Tengok review novel ni rating dia baik... Tu yang layan.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.