Assalamu'alaikum, hai...
Situasi bila berbaris | Setelah seminggu bercuti di rumah mertua. Harini kami balik kampung... Isnin, suami dah start mengajar... Alia pulak masuk sekolah balik.
So, seawal subuh Fiza dah bangun untuk packing barang dan masak lauk sebagai bekalan. Seperti biasa... Fiza lebih suka bawak bekal dari rumah... Kalau nak membeli pun... Just beli air tin atau kotak sahaja. Setelah semua settle, kami pun gerak dari rumah jam 10 pagi. Tengok kalender, jam 10 pagi air pasang dan feri di Muara Tuang, Samarahan beroperasi.
Pagi tadi hujan sepanjang jalan... So, perjalanan agak slow... Kenderaan pun banyak... Huhu. Panjang betul queue kereta untuk masuk feri. Tapi bila part menunggu, satu je yang Fiza tak suka... Ada jenis manusia yang pentingkan diri... Punyalah panjang queue menunggu berejam-jam... Tetiba kau yang baru lima minit sampai dah potong queue. Alahai... Adab kat mana? Apa kau rasa... Bila orang lain buat benda yang sama. Kena fikir dulu sebelum buat... Haha... Emo pulak Fiza... Padahal, panjang lagi queue kat belakang kami.
Di saat entri ni publish, kami tengah menunggu feri Triso pulak... Apa-apa pun, happy weekend all. Thanks also pada yang sudi singgah, follow dan komen di blog Fiza. In Shaa Allah, nanti Fiza balas kunjungan korang ye 😊
#weekend
#moodsajamerapu
2 Comments
Agree.. kin pun sakit hati sangat kalau ade org yg potong queu.. kita dah berbaris lama kot..
ReplyDeleteMudah2an perjalanan lancar
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.