Assalamu'alaikum, hai...
Taugeh tumis 5 minit | Haha... Tajuk resepi yang sangat mudah. Dah lama tau tak makan taugeh. Semuanya gara-gara bila encik suami disahkan gout... Dan salah satu makanan yang perlu dielakkan adalah taugeh. Allah... Betapa sedapnya taugeh goreng kering... Suami pulak tak boleh makan. Huhu...
Tapi, semalam... Mengidam sangat nak makan. Nampak pulak taugeh fresh di dapur. Fiza terus masak... Walhal, baru je sampai dari Kuching. Actually, Fiza suka masak taugeh simple je. Bahan pun sikit.
Bahan
Bawang putih 5 ulas
Cili
Sedikit ikan bilis
Perencah secukup rasa meggie
Sedikit belacan
Tauge 500gram lebih kurang
Cara membuat taugeh tumis
Tumbuh cili, bawang putih, ikan bilis bersama.
Panaskan sesudu minyak.
Then, masukkan bahan yang dah ditumis.
Masukkan taugeh dan perencah secukup rasa meggie.
Lebih kurang lima minit, terus angkat.
Huhu... Sangat sedap tau makan panas-panas. Ratah macam tu je pun boleh. Suatu ketika dulu... Zaman anak dara, resepi simple ginilah yang selalu Fiza masak... Dulu, masa tinggal di Belaga... Ikut suami mengajar di sana... Susah nak dapatkan sayur. Selalu jugak tanam sendiri taugeh ni. Sangat senang. Cuma... Sekarang ni, bila semua ada di depan mata... Penyakit Malas menguasai diri. Semuanya main beli je.
Actually, taugeh sangat berkhasiat tau... Tapi ada je orang yang tak suka taugeh. Kawan-kawan Fiza pun ada yang jenis tak suka taugeh. Kalau makan kat kedai, nampak mee campur taugeh... Sanggup weiii... Kutip satu-satu dalam mee. Haha... That why, sekarang ni... Kalau nak makan di kedai... Awal-awal pesan jangan letak taugeh. Ada jugak tanya dorang kenapa tak makan taugeh... Alasannya, tak suka rasa taugeh.... Oh... Ok. Fiza terima je alasan tu. Lain orang, lain pendapat right. Kita kena jugak hormati pendapat orang lain. Kan?
#penggemartauge
#resepitaugemudah
4 Comments
resepi simple macam ni sedap fiza, ratah ranggup-ranggup. best !
ReplyDeleteKan kak... Fiza suka ratah macam tu je. Kekadang semangkuk habis Fiza makan. Haha. Suka sangat tauge 😊
DeleteYang leceh nak siang taugeh ni.
ReplyDeleteKalau makan memang sedap.
Tu la WP... Tapi di tempat Fiza ada jugak jual yang dah siap di siang. Cuma mahal sikit la 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.