Assalamu'alaikum, 
Selamat Petang.

6 Amalan berjimat di pejabat | Saban hari, kita asyik mendengar rungutan tentang kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan di sana-sini kan. Malah, kita berterusan menyalahkan kerajaan, peniaga, pembekal pemborong, orang tengah atau sesiapa sahaja yang berkenaan.

Tetapi, adakah kita sedar ada beberapa perkara yang datang dari kita sendiri yang menyebabkan kita terus kesempitan dari segala sudut kehidupan. Tanpa kita sedari, kerana sikap dan sifat yang ada dalam diri kita, kita tidak merancang gaya hidup kita dengan baik. Malah... Lagi teruk, kita kerap dan terus menyalahkan orang sekeliling di atas kegagalan berkenaan.

Oleh yang demikian, dalam entri kali ni... Fiza ingin kongsikan salah satu contoh amalan berjimat cermat yang mungkin kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita, iaitu 6 amalan berjimat cermat di pejabat.


6 amalan berjimat di pejabat agar perbelanjaan dapat dikurangkan

01 | BAWA BEKAL DARI RUMAH
Siapa sini bawa bento ke pejabat? 

Bukan sahaja menjimatkan, malah kebersihan juga terjamin. Cuba korang bayangkan, setiap hari kita membelanjakan lebih kurang RM15 atau lebih untuk kos makan sepanjang hari kita di pejabat. Cuba darabkan dengan 20 hari bekerja. RM300 atau mungkin lebih kan. Tapi, jika kita bawa bekal dari rumah... At least, separuh daripada wang tersebut dapat dijimatkan. Selain menjimatkan wang, ia jugak menjimatkan masa di mana kita tidak perlu keluar dari pejabat dan boleh mendapatkan masa rehat yang lebih panjang.

Mungkin ada satu alasan yang selalu kita berikan. Alah! Ingat senang ke nak bangun awal dan masak. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Pada Fiza, kita kena belajar uruskan masa, bukan biarkan masa menguruskan kita.

02 | BERKONGSI KENDERAAN
Untuk amalan berkongsi kenderaan... Ia sekadar cadangan sahaja ok. Tapi, jika kita mempunyai rakan sepejabat yang tinggal satu kawasan atau melalui jalan yang sama untuk ke pejabat, ada baiknya kita berkongsi kenderaan. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi membeli minyak kereta. Dalam masa yang sama, ada jugak teman untuk berbicara setiap pagi.

03 | ILMU NASI CAMPUR
Siapa suka makan nasi campur? Sila komen... Hehe.

Bagi Fiza,  kalau tak nak bawak bekal dari rumah. Boleh je makan di luar. Semasa makan tengah hari, seeloknya cari kedai yang menjual nasi campur. Syaratnya kalau nak berjimat, kena pastikan mengambil tidak lebih daripada 3 jenis lauk. Banyakkan nasi seandainya betul-betul nak kenyang. Air pulak, cukuplah dengan air kosong. Rasanya tak sampai kot RM6. Tapi, kalau diberi pilihan, better masak sendiri. Jimat dan dijamin kebersihannya.

04 | BERKONGSI MAKANAN
Sama konsepnya dengan berkongsi kereta ke pejabat. Di mana kita boleh ajak rakan sepejabat bawak makan dari rumah. Kemudian, makan bersama-sama di pentri office. Bukan sahaja jimat. Malah, dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan sepejabat. 

Siapa pernah buat? Mesti tahu kan...

05 | JAUHKAN YANG SEGERA
Sepertimana yang kita tahu, semua jenis makanan ringan seperti mi segera atau makanan segera yang lain akan membantutkan kesihatan. Selalunya, bila dah kerja mesti kita sering ambik jalan mudah untuk membeli sahaja makanan bungkus di gerai-gerai atau masak je mi segera. Tak pun kita beli pelbagai makanan segera untuk stock di pejabat. Kalau dah hari-hari beli sampai mencecah RM20 sehari, darab 20 hari bekerja. Berapa banyak wang di situ kita gunakan untuk makanan ringan.

06 | AMALKAN CARA HIDUP SIHAT
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelakkan tekanan di pejabat. Ambil sarapan pagi, makan tengah hari secara ringan dan hanya mengambil makanan berat sebelum malam. Tiada makanan berat sebelum tidur. Tidur awal sebelum 10 malam. Bersukan pada waktu petang. Pasti banyak benda boleh dijimatkan.

Semoga 6 amalan berjimat di pejabat yang Fiza kongsikan memberi manfaat buat semua. Tiada yang lebih baik daripada sikap berjimat cermat.

Wallahu'alam...