Assalamu'alaikum, hai... 
Anak-anak bermasalah pembelajaran, mak ayah kena kenalpasti | Sian anak-anak, selalu menjadi mangsa amarah mak ayah... Bila anak darjah 5 atau 6, tapi masih keliru dengan nombor dan huruf. Tiap kali buat kerja sekolah. Salah... Parpppp. Kena pukullah. Kena marahlah. Tapi, pernah tak kita terfikir apakah punca anak bermasalah dalam pembelajaran. 

Pernah tau, Fiza jumpa parents yang tak nak mengaku anaknya seorang yang slow learner. Padahal straight E result UPSR. Masih menyalahkan guru tak reti nak mengajar. Hurmmm... Itulah mentaliti parents yang semata-mata hantar anak ke sekolah... Then, mengharapkan guru 100%... Yang dia tahu... Anak dia mesti berjaya. 

Bagi Fiza, sebagai ibubapa kita kenalah bekerjasama dengan guru untuk sama-sama membantu anak-anak dalam pembelajaran. Tak reti nak ajar anak-anak tentang subjek di sekolah, at least sekali-sekala bila ada mesyuarat pibg... Ringankan mulut bertanya kepada guru yang ajar anak kita... Tanyalah perkembangan anak-anak. Ni tak.... Hantar sekolah, bagi makan... Bagi duit. Dah! Kalau anak jenis bijak takpelah jugak. Tapi, bagaimana kalau anak kita bermasalah dalam pembelajaran. Penting!  Kena jugak ambik tahu. Sekurang-kurangnya kita dapat bantu anak kita menjadi lebih baik. 

Tanda-tanda anak bermasalah pembelajaran

TANDA-TANDA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Oleh yang demikian, entri kali ni Fiza nak berkongsi sikitlah antara tanda-tanda atau ciri-ciri kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran. Perkongsian ini adalah berdasarkan hasil daripada pembacaan Fiza sendiri daripada beberapa buah buku ilmu tentang dunia kanak-kanak. Antaranya ialah :-

1. Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira.
2. Keliru dengan nombor 13 dan 31, menulis p sebagai q dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf. 
3. Sukar mengikut arahan. 
4. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. 
5. Keliru dengan hari seperti hari ini disebut sebagai esok dan sebaliknya. 
6. Lemah dalam menerima konsep yang baru. 
7. Rendah diri,  pemalu dan penakut. 
8. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. 
9. Tidak dapat membezakan bunyi. 
10. Selalu menyebut saya tak peduli atau saya tak mahu. 

Tu antara 10 Tanda-tanda kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran. Sebenarnya ada banyak lagi... Tapi, Fiza lihat... 10 ini adalah antara ciri-ciri awal yang mudah untuk kita kenalpasti adakah anak-anak kita tergolong daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Jika ya, carilah jalan penyelesaian. Usahlah bebankan anak-anak dengan api kemarahan. Takut nanti anak memberontak... Kita jugak yang rugi. Wallahu'alam... 

Semoga, ilmu yang sikit ini memberi manfaat buat kita bersama. 

#kanak-kanakbermasalahpembelajaran