Assalamu'alaikum, hai... 
Bila pembubaran parlimen berlaku | Semalam PM mengumumkan bahawa Pembubaran Parlimen secara rasminya adalah pada harini 7 April 2018. So, sana-sini akan bercakap pasal politik. 

Senario biasa kita dengari... Dari kampung ke bandar, tua... Muda semuanya bercakap mengenai politik... Paling utama... Mereka ingin mengetahui setiap manifesto yang di bawa setiap pemimpin yang bertanding... Tak kiralah manifesto pembangkang, mahupun manifesto kerajaan.

Tetiba Fiza teringat dengan senario biasa masyarakat... Ada yang berstatus pegawai.  Kemain kutuk kerajaan... Tapi, diri sendiri makan gaji dengan kerajaan. Hurmmm... Ada pulak... Kemain happy dapat Br1m, tapi... Bila mengutuk kemain lagi... Seperti dia tinggal bersama dengan orang yang dikutuk... Seolah-olah dari A to Z dia tahu. 


Bila dipimpin pembangkang pun same things... Ada sahaja yang tak kena. Namun, malam ni... Banyak menifesto BN 2018 dibentang... Dengar cerita, Br1m ada pembaharuan. Siapa jumlah pendapatan isi rumah 4 hingga 5 ribu pun dapat... RM700 tu. Hehe... Bolehla Fiza mohon nanti. 

Kemudian, 3 juta peluang pekerjaan dibuka. Fuh! Banyak tu... 

Then, part khas untuk para ibu... Ada berita gembira tentang penjagaan anak-anak, iaitu  BN akan melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak- Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.

Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun di kalangan keluarga miskin tegar.

Meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda menjamin masa depan yang cerah untuk kelahiran baru.

Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas seperti pelepasan cukai.

Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak- kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.

Memperuntukkan cuti khas 7 hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.

Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka FELDA di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati FELDA Malaysia di semua penempatan FELDA.

Kalau benar bagai di kata... Lepas ni senang la sikit kalau ada pusat penjagaan di tempat kerja... Kan? 

Kalau nak ulas manifesto... Sampai esok pun tak habis. Tapi, Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai manifesto PRU 14 BN 2018... Bolehla usha laman barisan nasional.