Assalamu'alaikum, hai... 
Bina rumah atas tanah sendiri | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang diberi untuk Fiza terus menulis di sini. Entri kali ni Fiza nak updated sedikit mengenai bina rumah atas tanah sendiri. Bermula tahun 2014, bila Fiza bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian N41 di salah sebuah politeknik berdekatan rumah my mom... Fiza dan encik suami tinggal di rumah mak. Masa tu mak tak bagi kami menyewa, atas alasan bayaran rumah sewa terlalu mahal. Baik simpan duit sewa untuk benda lain. Tapi betulla... Kekadang rumah sewa takdelah cantik sangat, di dalamnya pun kosong, takde kelengkapan. Tapi sewanya mak ai... Mahal sangat. Paling minimum pun RM500++ tau. Masa tu Fiza mengandungkan Nur Ain, anak kedua kami. 

Masuk tahun kedua iaitu tahun 2015, Nur Ain pun dah setahun umurnya. Encik suami bersuara kat Fiza... Tanya, samaada nak beli rumah ataupun nak buat rumah sendiri. Yelah!  Tak kan nak terus tinggal di rumah parents right. Agak dilema jugaklah nak buat keputusan masa tu. Lansung takde kata putus. 

So, mulanya Suami cuba isi borang untuk Pr1M beharga RM300 ribu lebih. Tak sangka, lepas lebih kurang sebulan isi borang online... Kami terus dapat feedback. Amboi! Kemain laju. Haha. Alhamdulillah, kami dapat. Permohonan kami diluluskan. Tak lama lepas tu, kami dapat panggilan daripada pemaju perumahan. Dorang nak encik suami datang ke pejabat dorang untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai permohonan tersebut. 

Kebetulan masa tu tak silap beberapa hari lagi nak cuti sekolah. So, encik suami mintak tempoh seminggu. Bila encik suami datang ke pejabat, dorang terangkan satu persatu... Sampaikan satu tahap. Kalau setuju, boleh bayar RM12 ribu untuk urusan tanah dan guaman... Malangnya, kami terpaksa menolak atas beberapa alasan yang kami tak boleh nak elak. Takpelah... Mungkin itu bukan rezeki untuk kami suami isteri. 

Lepas tu, mertua dan mak ayah Fiza pun ada jugak bagi cadangan supaya kami buat je rumah sendiri. Mertua dan mak ayah Fiza sudi je bagi tanah. Any time, bila nak bina terpulang. Akhirnya, tahun lepas bulan Januari, Fiza dan suami sepakat untuk bina sendiri rumah di tanah mak dan ayah Fiza bagi

Bina rumah di atas tanah sendiri

LANGKAH-LANGKAH BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Sebelum nak membina rumah, pertama sekali... Kena lakukan proses pertukaran hakmilik tanah. Kena tahu berapa ukuran tanah tersebut. Lepas tu bolehla cari rekabentuk rumah yang bersesuaian dengan saiz tanah tersebut dan mengikut bajet yang kita ada. Tak nak reka sendiri... Boleh je upah orang untuk design kan rumah. Namun, kami memilih untuk design sendiri... Jimat sikit. Hehe... Internet kan ada, bolehla cari di carian. Bersepah design rumah yang ada. Tinggal nak pilih je lagi. 

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat design rumah yang kami nak. Ukur baju di badan sendiri... So, kami pilih untuk bina rumah setingkat bertiang, menggunakan batu block dan simen sebagai bahan utama.

Kemudian, kami cari pulak tukang buat rumah. Nak buat rumah, kenalah cari tukang yang mahir dan hasil kerja kenalah kemas. Malangnya, tukang yang kami pilih masih lagi dalam proses menyiapkan rumah orang. Kalau nak dia jugak... Kenalah tunggu turned. Disebabkan... Kami nak dia and the geng je yang buat... In Shaa Allah, dalam bulan April ni jugak dorang akan start dengan kerja-kerja naik tiang. In Shaa Allah, nanti ada masa terluang... Fiza akan updated tentang membeli bahan untuk membina rumah pulak. 

Doakan urusan bina rumah di atas tanah sendiri kami berjalan lancar ye. 

#Binarumahdiatastanahsendiri