Assalamu'alaikum, hai... 
Day 1 — My favorite song | Cabaran pertama yang kena Fiza buat adalah dengan menyatakan lagu kegemaran. Alhamdulillah, selagi lagu tu sedap untuk santapan halwa telinga... Semuanya akan menjadi favorite song buat Fiza. Selain lagu-lagu berunsurkan keagamaan, Fiza suka dengar lagu Melayu... Lebih spesifik, Fiza suka lagu Hijau dendangan Zainal Abidin.

My favorate song


LIRIK LAGU HIJAU
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Actually,  lagu Hijau ialah lagu nyanyian Zainal Abidin dan dikeluarkan pada 30 Mei 1991 sebagai single pertama daripada album solo pertama Zainal yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Mukhlis Nor dan ianya cukup terkenal kerana mengangkat tema alam sekitar. Sejak daripada itu, lagu hijau menjadi lagu tandatangan Zainal sekaligus melancarkan kerjaya muzik solonya selepas meninggalkan kumpulan Headwind. 

Bagi Fiza, lagu ini memberi ketenangan dan ia mengingatkan kita untuk menghargai bumi sebelum terlewat. Lagu ni jugak membuatkan Fiza... Teringat pulak zaman Fiza bergelar jurulatih modul pembinaan karektor 2004 - 2006 di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara. Setiap kali kelas... Lagu ini sering dimainkan. Perghh!!! Tetiba rindu nak ajar modul pembinaan karaktor. Rindu keyword Geramji... Lahirkan yang terbaik dalam diri orang lain... Lahirkan yang terbaik dalam diri sendiri. Mingle... Buat aktiviti... Blame game... Rindunya... That why, Fiza suka lagu ni... Lagu ni penuh dengan kenangan yang membuatkan Fiza cuba untuk mengaplikasikan setiap ilmu carector building dalam kehidupan seharian. In Shaa Allah... 

Korang pulak, Ada tak lagu favorite?

#laguhijau
#HijauZainalAbidin