Assalamu'alaikum, hai...
Dilema seorang isteri, antara kerjaya atau suri rumahtangga | Kemelut yang dirasai seorang isteri bekerjaya, dalam masa yang sama memikirkan tentang anak dan suami. Fiza tertarik dengan satu kisah dilema seorang isteri yang Fiza perolehi daripada Facebook. Mungkin... Perkongsian ini sikit sebanyak meringankan bebanan fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik. Kisahnya begini...

Beruntunglah mereka yang dapat jadi surirumah kan?... Dapat tengok anak membesar di depan mata. Tapi aku... Hari-hari nangis tiap kali selepas hantar anak di babysitter... Lagi-lagi kalau time anak tidur dan terpaksa jugak angkat dan bagi babysitter jaga. Aku sedih sangat terpaksa lepaskan ke orang lain disebabkan aku kena kerja. Sehari hanya berapa jam je masa yang aku ada untuk dia. Kenapa nak anak, tapi orang lain yang jaga?? Kenapa kena kerja?? Sebab banyak tanggungan, dengan erti kata lain kena bantu suami... Jangan cakap orang yang kerja dan banyak duit ye...  Aku makan pun kena ikat perut, kadang belum sampai gaji pun duit tak cukup... Bukan aku menyesal kehidupan aku macam ni... Memang aku rasa surirumah beruntung dapat tengok anak membesar depan mata... Ramai orang sekeliling aku jadi surirumah, keperluan semua cukup. Beruntungnya... Bila aku suarakan hasrat pada suami nak jadi surirumah dia kata takut tak cukup nak bayar itu bayar ini... Allahu... Aku ada minta aku harap bila anak aku start sekolah tadika aku nak berhenti kerja nak jaga anak sendiri hantar ambil pergi sekolah, jaga makan minum suami... Bila bekerja ni paham-paham jela ada yang terlepas pandang juga... Tapi dia diam je seolah-olah tidak bersetuju... Entahlah... Ni la aku nak pesan kat lelaki-lelaki bujang, nak kawin tu pikir dulu mampu ke tak nak jaga anak dara orang, nak bagi makan... Tak nanti bini kena paksa kerja nak tanggung itu ini... Kalau isteri tak redha menjawablah kat akhirat nanti... Kalau rasa tak mampu tu tak payah kawin tak payah seksa anak dara orang... Doakan aku murah rezeki ye dapat jadi surirumah... Aku rindu sangat kat anak aku... - Sumber Facebook 

Kisah dilema seorang isteri antara kerjaya atau suri rumahtangga

First things first, naluri seorang ibu membuatkan Fiza turut simpati dengan kisah ni. Kalau boleh siapa nak... Anak kita orang lain jaga right. Apakan daya, tuntutan kehidupan membuatkan kita terpaksa berkorban rasa. Nak atau tak itulah kesan daripada keputusan yang telah dibuat.

Dulu... Suatu ketika, mula-mula habis study... Fiza sangat tertekan sebab tak dapat kerja. Masuk universiti, alih-alih duduk rumah jaga anak. Namun, bila difikirkan balik... Stress pun tak guna, sudahnya kita sendiri yang merana. Alhamdulillah berkat nasihat suami, sekarang ni Fiza berserah pada takdir... Yang pasti Fiza dah berusaha untuk mencari pekerjaan. Syukur sangat-sangat bila dapat jaga anak dan suami 24 hours... Walaupun hidup taklah semewah mana... At least, tak pernah lagi pinjam duit dengan orang. Fiza percaya, setiap anak ada rezekinya.

Andai memilih untuk berhenti kerja. Itu bukan pengakhirannya. Lagipun, zaman sekarang banyak peluang berniaga kecil-kecil di atas talian. Semuanya terpulang kepada kita, nak atau tidak. 

Semuanya terpulang kepada diri kita untuk tentukan. Yang pasti... Setiap keputusan, pastinya mendatangkan kesan... Kena nilai dulu kesannya, barulah terhasilnya keputusan yang terbaik... Dan, paling penting, apa pun terjadi... KITA KENA BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEPUTUSAN YANG TELAH KITA BUAT.

Wallahu'alam,

Entri sekadar berkongsi rasa keibuaan. Moga si ibu tabah menghadapi dugaan dan membuat keputusan terbaik untuk diri dan famili.

#KisahRumahtangga