Assalamu'alaikum, hai...
Isteri lari, kisah sedih seorang suami | Mungkin cerita ini boleh menjadi pengajaran buat kita.
Bini saya sudah lari. Dia bawa baby sekali. Dia kata dah penat. Semua kerja kat rumah dia yang buat. Adik-adik perempuan saya tak pernah tolong dia, mak saya manjakan dorang, kalau rumah bersepah mesti bini saya yang mak marahkan. Selalu dia nangis. Dis ajak pindah, saya cuma suruh dia sabar dan sabar, sedangkan saya mampu. Sekarang saya menyesal. Baru saya sedar, kalau saya bawa dari awal, mesti dia tak lari, selama ni saya anggap mak lah no 1 dalam hidup, saya anak manja mak sebab saya lah seorang lelaki, adik ada 3 orang perempuan, tapi semua sosial tak lekat kat rumah, mak tak pernah marah dorang, bapak pula dah tak ada, saya call bini saya, bapa mertua yang sambut, dia cakap, kalau setakat nak jadikan bini sebagai hamba, pulangkan pada mereka. Saya menyesal sangat admin, saya rindu bini saya dan baby.
Sumber : Facebook
Kata orang "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya".
Dalam situasi suami tersebut, pada Fiza... Kenalah bertanggungjawab ke atas pilihan yang telah dia buat. Bila dia memilih untuk tinggal bersama ibunya, kenalah tanggung akibat dan kesannya.
Dalam situasi tersebut, si isteri lari disebabkan oleh bebanan yang dia hadapi. Pada Fiza, benda dah terjadi... Menyesal pun tak guna right. Lebih baik cari jalan penyelesaian. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Bawaklah berbincang. Semoga si suami tersebut mampu membuat pilihan yang terbaik.
Namun, suka Fiza nak ingatkan diri sendiri dan suami...
Bila dah berkahwin. Sebaik-baiknya tinggallah berasingan dengan mertua mahupun ibubapa sendiri... Kerana banyak kebaikannya bila kita dah berkeluarga hidup berasingan dengan famili, antaranya ialah :-
01 | MENJAGA PRIVASI PASANGAN DARI IBUBAPA DAN KELUARGA
Point pertama berkenaan dengan privasi, al-maklumlah kita adalah ahli baru dalam keluarga. Keselesaan pasangan perlu diambilkira kerana kekadang ada jenis mertua cerewet. Jadi, bila tinggal berasingan ianya mungkin boleh mengelakkan daripada kesalafahaman. Pasangan kita juga mungkin akan berasa kekok dalam melakukan sesuatu kerana segan tingkahlakunya akan sentiasa diperhatikan.
02 | MENJAGA KEMESRAAN KELUARGA
Apabila kita pilih untuk tinggal berasingan, sebenarnya kita berada di zon selamat kerana tidak banyak isu yang akan berbangkit. Perkara-perkara remeh yang mungkin boleh menimbulkan ketidaksenangan keluarga pasangan yang tinggal bersama pasti dapat dielakkan. Percaya atau tidak, kadang-kadang hanya tertukar saluran TV pun boleh menjadi punca bermasam muka.
03 | BEBAS UNTUK KELUAR MASUK RUMAH BILA-BILA MASA
Apabila tinggal berasingan dari keluarga, pasti kita akan lebih bebas untuk menentukan waktu kita. Mungkin kadang kala kita terpaksa balik lewat atas urusan kerja. Jadi, kita tidak perlu lagi risau untuk memaklumkan kepada keluarga dan menganggu masa tidur mereka.
04 | BELAJAR BERDIKARI DAN SETERUSNYA MEMAJUKAN DIRI
Berpindah keluar dari rumah keluarga adalah jalan terbaik untuk kita belajar hidup berdikari. Segala masalah, perancangan ekonomi rumah tangga dan konflik rumah tangga akan menjadi tanggungjawab sendiri dan pasti kita akan cuba untuk selesaikan sendiri tanpa campur tangan famili.
Tu antara 4 kebaikan yang pasti kita kecapi bila kita memilih untuk tinggal berasingan dengan famili. Tapi, kalau tak mampu bagaimana?
Boleh je tinggal dengan famili. Tapi... Ada tapinya....
Pada Fiza, suami isteri kenalah bertolak-ansur dan saling melengkapi. Bila dengar keluhan isteri. Bantulah apa yang patut seandainya adik-beradik tak makan saman bila dinasihati. Berilah nasihat dan carikan solusi kepada setiap bebanan yang isteri lalui. Macam tu jugaklah si isteri. Kenalah pandai memainkan peranan...
Pasal ipar duai tu... Actually, bukan senang nak ubah sikap manusia melainkan orang tersebut sendiri nak berubah. Nak atau tidak kita suami isteri sendiri jelah kena berkorban... Berkorban masa dan tenaga sekiranya kita nak kerukunan rumahtangga kita terjaga.
Semoga kisah tersebut menjadi pengajaran buat kita yang dah berumahtangga... Yang belum kawin tu, jangan takut pulak nak berkawin. At least, bila baca kisah ni... Bolehlah buat perancangan awal sebelum kawin. Kan?
#KisahRumahtangga
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.