Assalamu'alaikum, hai...
Kawaii Journal, Fiza jadi teringin nak buat | Actually, bila mengenali Mrsred... Di dunia alam maya... Fiza selalu singgah blog dia. Tujuannya hanya satu... Nak tengok video journalnya.
Dulu... Masa zaman sekolah menengah hinggalah universiti... Fiza suka benda-benda kawaii ni... Nota semua Fiza buat seperti journal... Tapi, bila dah berumahtangga... Semua tu Fiza dah tak buat dah... hanya tinggal kenangan.
Kredit Gambar : Google image |
Pada Fiza, Journal kawaii ke... Nak buat nota kawaii ke... Ia sangat-sangat membantu kita untuk mengingati sesuatu term atau moments... Nak-nak zaman study... Bila tengok note siap ada emoji kawaii di tepi... Semangat nak bukak nota tu sentiasa ada... Macam tu jugak bila kita menulis journal... Everday, confirm nak jugak catat sesuatu di journal... Kalau tak buat... Tak sah... Rasa tak lengkap hidup... Kan? Tak percaya... Tanyalah pada yang suka buat journal...
Moga, one day... Ada masa, Fiza akan buat jugak journal. In Shaa Allah. Sebab.. Ada banyak kelebihan menulis journal sebenarnya. Antaranya ialah...
MANFAAT MENULIS JOURNAL
01 | REFLEKSI DIRI
Dengan menulis journal, kita mampu merefleksikan kehidupan kita.
Kita lebih terikat dengan peribadi diri sendiri, membantu memberikan gambaran serta melihat persepsi diri sebenarnya. Berefleksi juga dapat menjadi alat untuk me'review kesalahan-kesalahan dan pencapaian-pencapaian yang telah kita capai dan lakukan sebelumnya.
Sticker Kawaii |
02 | MENULIS IDEA
Diari bukan sahaja menjadi tempat curahan tentang perasaan pada lawan jenis tapi juga dapat menjadi tempat untuk menulis idea serta tujuan hidup kita di masa hadapan. Bahkan Abraham Lincoln membaca secarik kertas yang diselipkan di topi pesulap yang sering dia gunakan, tujuannya tidak lain adalah untuk mencatat idea spontan yang muncul tanpa diduga.
03 | LATIHAN MENULIS BUKU TENTANG DIRI SENDIRI
Korang mesti kenal dengan Raditya Dika dan Trinity (Naked Traveler). Mereka adalah salah satu contoh dari penulis yang sukses menulis buku harian mereka sehingga dipublikasikan.
Menulis diari sebenarnya kita sedang membuat latihan menulis tentang kehidupan yang kita jalani, yang mana ceritanya jelas akan berbeza dari cerita orang lain. Jadi, nanti kita tidak perlu bersusah payah lagi untuk menyusun biografi. Sekurang-kurangnya ia adalah satu memori untuk warisan anak cucu. 😂
Kredit Gambar : Google image |
04 | MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
"Practice makes Perfect"
Menulis jugak dapat meningkatkan kemampuan menulis kita secara bertahap. Fiza teringat pulak bagaimana pertama kali menulis blog di mana penulisan Fiza agak kebudak-budakan. Namun kerana latih dan berlatih terus menerus akhirnya dapat di lihat seperti sekarang.
Dan sampai sekarang pun, Fiza still tetap berlatih. In Shaa Allah.
05 | MELATIH SUDUT PANDANG TERHADAP SESUATU PERMASALAHAN
Menulis jurnal peribadi jugak memberi kita kebebasan untuk menulis apa pun dari sudut pandangan kita.
Kita sememangnya akan menuliskan sebuah permasalahan versi kita sendiri, ini secara tidak langsung dapat melatih sikap kritis kita terhadap sesuatu persoalan.
06 | MENCATAT HAL-HAL PENTING DALAM KEHIDUPAN
Ingat bila hari perpisahan di UNIMAS?
Atau tarikh bila kali terakhir kita ke Pantai Damai?
Momen-momen seperti ini kekadang kita sering anggap remeh kerana mungkin tidak berguna.
Namun lebih dari itu, mencatat hal-hal penting ini dapat saja memberi manfaat bagi kita di masa hadapan. Contohnya, time stress... Bukak journal. Mesti senyum sorang-sorang kan. Setidak-tidaknya ia menjadi terapi buat kita di kala stress. Ye tak?
Kredit Gambar : Google image |
07 | MENGEMBANGKAN KEPERIBADIAN
Dengan berefleksi sebenarnya kita sedang berlatih untuk menilai diri sendiri, meningkatkan kehidupan ke arah yang lebih baik.
Meninggalkan hal-hal negatif akan memberikan ruang untuk kita lebih berkembang menjadi seorang yang berkeperibadian yang lebih baik sehingga secara tidak langsung akan meningkatkan rasa percaya kepada diri.
08 | MENINGKATKAN IQ
Menambah pemahaman baru dan belajar bersikap kritis adalah bahagian dari belajar yang tentu saja baik untuk kecerdasan kita.
Sebuah laporan dari Universiti Victoria yang mencatat bahawa menulis memiliki korelasi positif dengan intelegensi.
Salah satu ukuran untuk menguji kecerdasan ialah dengan penguasaan kosa kata. So, untuk tambahkan penguasaan kosa kata... Cara mudahnya adalah dengan menulis journal.
Kredit Gambar : Google image |
09 | MENINGKATKAN KEMAMPUAN BERKOMUNIKASI
Jika kita mempunyai masalah berkomunikasi dengan orang lain, jurnal adalah jawapannya.
Kita bebas menulis apa sahaja yang ingin kita sampaikan. Harapannya kita semakin berani untuk menyatakan idea-idea kita buat orang lain.
10 | MENGATASI "Writer Block"
Bagi kebanyakan penulis terutama blogger kekadang akan mengalami kebuntuan dalam menulis?
Dengan menulis jurnal tanpa proses edit terlebih dahulu melatih kita untuk mengeluarkan idea.
Tulis dulu edit kemudian. Kan?
Harapannya ini dapat membuatkan idea kita mengalir senang dengan sendirinya sekaligus dapat mengatasi kebuntuan di saat menulis.
Tu antara 10 kebaikan di sebalik menulis journal. Alhamdulillah... Semalam Fiza siap usha di shopee tau... Siap grab 1 buku jurnal. Hehe... Nanti Fiza update. Semangat betoi nak tulis jurnal ni. Hehe...
Siapa sini penulis jurnal? Jom kita share...
9 Comments
seronok sebenanrnya buat planner/journal ni. tapi kena rajin dan disiplin
ReplyDeleteBetul tu... Kena istiqomah menulis... In Shaa Allah. Pasti boleh 😊
Deletebuat jugak seronok menulis journal ni
ReplyDeletesy pun suka juga.. tp kdg2 bila tgok nota sendiri mcm serabut haha
ReplyDeletecomelnyaaa sticker2 ni.. germa tngokk. hehe
ReplyDeleteAlangkah seronoknya jika dapat jurnal yang begitu cantik sekali.. Saya mmg adore sangat dgn jurnal yang kawaii sgt tuee..
ReplyDeletesaya pun ada buku nota personal..
ReplyDeletesaya guna perkataan sahaja.
mungkin teknik kawaii ini boleh membantu lebih kreatif
yes bagus sebenarnya ada journal
ReplyDeletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.