Assalamu'alaikum, hai...
Pengakhiran Megadrama tak ada cinta sepertimu | Akhirnya... Tamatlah sudah megadrama tak ada cinta sepertimu. Bagi episod 15 semalam, Hasran masih lagi dalam proses meraih kembali cinta Athea dengan bantuan ibunya, makcik Min. Namun, apabila Athea mengetahui makcik Min adalah ibu kepada Hasran... Dia merasakan dirinya seperti ditipu. Kebetulan, semasa Hasran ingin berterus-terang... Azam terlebih dahulu bagitau siapa makcik Min. Athea pergi tanpa pengetahuan Hasran, di kala Hasran menunggu untuk berterus terang. Athea text Hasran. Dalam perjalanan balik ke rumah, Hasran kemalangan. Apakah berlaku seterusnya, episod 15 tamat di situ.


Sinopsis episod akhir tak ada cinta sepertimu
Kredit Gambar : dailymotion

Malam ni punya episod adalah episod akhir... Setelah mendengar berita Hasran kemalangan, ibubapa Hasran dan Athea bergegas ke hospital. Malangnya, Hasran mengalami gangguan otak sehingga tak ingat akan Athea. Melihatkan keadaan Hasran, ibunya bawak Hasran balik kampung untuk berehat... Tanpa pengetahuan Athea. Dalam masa yang sama Azam berkali-kali datang berjumpa Athea. Tapi Athea menolak. Hari-hari berlalu tanpa sebarang berita tentang Hasran. 

One day, Hasran dan family datang ke rumah Athea untuk berterus terang tentang apa yang dah berlaku dan mereka turut memohon maaf. Athea terima dengan hati yang terbuka. Kemudian, sebelah malam Athea keluar makan dengan Hasran. Apalagi Hasran melamar Athea. Athea terus bersetuju dan tak nak bertunang. Tapi, nak kawin terus. Episod akhir tak ada cinta sepertimu berakhir dengan hari bahagia Athea dan Hasran. Yup!... Happy ending.

REVIEW KESELURUHAN MEGADRAMA TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Setelah 4 minggu mengikuti megadrama tak ada cinta sepertimu, ternyata lakonan Shafiq Kyle dan Zahirah Macwilson menjadi dan amat-amat serasi. Begitu jugak dengan watak-watak sampingan yang lain. Natural dan bersahaja. Tahniah! Buat mereka. Mesti ada yang tak boleh move on lepas ni. Kan?. Hehe...

Apa-apa pun, semua itu hanyalah lakonan semata-mata. Biarlah yang baik kita jadikan teladan dan yang tak elok tu... Buanglah jauh-jauh dari sisi kehidupan kita. 4/5 bintang Fiza bagi untuk megadrama kali ni. 1 Fiza tolak sebab... Kenapa ye, tiap kali episod akhir drama... Mesti scene dia macam cepat je. Ke Fiza je yang rasa gitu? 

Next megadrama berjudul Mr.Grey, menarik ke tidak... Kena tengok next week. Ok! Bye :-)

Good night semua. 
"Bismikallah humma Ahya wa' amut "... Aamiin...