Assalamu`alaikum, hai...
Rahsia di sebalik Jus Kranberi kepada manusia | Fiza pernah terbaca dalam majalah iSIHAT 2013, di mana wanita Sepanyol mengamalkan penggunaan  buah kranberi dalam mengatasi masalah rambut dan seterusnya mendapatkan rambut yang sihat.

Rahsia di sebalik buah kranberi

CARA MENDAPATKAN RAMBUT YANG SIHAT DENGAN KRANBERI

Dalam artikel tersebut, cara untuk mendapatkan rambut sihat dengan jus kranberi adalah... Sebaik sahaja rambut siap di syampoo dan dibilas dengan perapi, cuci rambut dengan suku cawan jus kranberi yang telah dicampurkan dengan suku cawan air. Dipercayai ekstrak buah kranberi mampu membantu dalam pertumbuhan rambut yang lebih sihat, lebat dan berkilau.

Tips kesihatan rambut yang mudah dan simple.  Tak salah mencuba, lebih-lebih lagi dengan kaedah alami. Kalau diberi pilihan pun, Fiza lebih prefer cara alami daripada membeli produk entah apa-apa di pasaran. 

Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat mereka yang menghadapi masalah rambut. 

#kelebihanbuahkranberi
#kranberi