Assalamu'alaikum, hai...
Sebarkan fakta, bukan dusta | Sana sini, di media sosial mahupun tv... Masyarakat sedang memperkatakan tentang akta berita palsu. Korang bersetuju tak,  akta penyebaran berita palsu digubal?

Sebarkan fakta bukan dusta

Fiza setuju sangat akta penyebaran berita palsu digubal. Al-maklumlah, kalau kita tengok di media sosial harini... Setiap orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berkuasa untuk sebarkan sesuatu berita tanpa sekatan, tanpa memperdulikan adakah berita yang disebarkan fakta ataupun dusta.

Kalau perkara tersebut tidak dibendung, tak mustahil satu hari nanti... Kemusnahan dalam masyarakat berlaku lebih parah. Pada Fiza, walaupun akta ini berkuatkuasa... Tiada apa yang perlu dibimbangi, kerana akta tersebut digubal adalah bertujuan untuk melindungi masyarakat daripada ancaman berita palsu.

Kalau kita menulis dan menyebarkan perkara benar dan terbukti, kita tidak perlu takut. Pepatah melayu ada mengatakan "Berani kerana benar, takut kerana salah", Oleh yang demikian... Tak perlu la takut kalau kita tak buat salah. Kan?

Lagipun, tiada siapa yang disekat untuk bersuara menyatakan pendapat, selagi ia tidak bercanggah dengan lunas undang-undang... Kerana negara kita, Malaysia mengamalkan kebebasan untuk bersuara sejajar dengan amalan demokrasi Malaysia.

HUKUM MENYEBARKAN BERITA PALSU
Dalam agama Islam pun melarang umatnya menyebarkan berita berunsur fitnah, tidak betul dan tiada kesahihan. Mungkin sebab itulah ada syurga dan neraka, untuk menilai kebaikan dan keburukan. Malaysia negara yang terkenal dengan perpaduan kaum, namun penyebaran berita palsu boleh menggugat perpaduan kerana perkara kecil akan dimanipulasi sehingga menjadi kes besar. Jangan main-main. Kena nilai dulu sebelum sebar. Sama-samalah kita beringat ok...

Selamat malam semua.
"Bismikallah Humma Ahya Wa'amud".


#AktaBeritaPalsu
#SebarkanFaktaBukanDusta