Assalamu'alaikum, hai... 
Senarai pemberian Br1M yang baru | Semalam, PM juga turut mengumumkan tentang BR1M lebih baharu dan antara intipati di bawah tajuk BR1M lebih baru adalah seperti berikut :-

Br1m lebih baru lebih mantap
Kredit Sumber : laman barisannasional

BR1M LEBIH BARU

Memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan Kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan. Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin.

Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

Meneruskan kejayaan BR1M lebih efisien dan lebih berkesan.

Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Menambahbaik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600!

Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini!

Fuhhh!  Harini wall facebook penuh dengan status Br1m... Bermacam-macam telahan masyarakat utarakan... Ada yang positive... Dan tak kurang jugak yang mengutuk habis

Jelas lagi nyata, terpulangla kepada kita nak kepimpinan bagaimana. Kan? Tapi bagi Fiza, kita seharusnya bersyukur dapat hidup di bumi Malaysia  yang jauh lebih aman dan selesa daripada negara-negara yang lain

Apa yang kita nak sebenarnya? Kepuasan? Sampai mati pun... Kepuasan yang dicari belum pasti kita dapat. Jadilah manusia yang banyak memberi... Bukannya manusia yang banyak mencari kesilapan orang lain. Kesilapan sendiri? Letak kat mana? 

Hurmmm... Diberi kemudahan salah... Tak bagi lagi salah... 

Allahu Akhbar...