Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 10, 11 dan 12 Mr. Grey | Dalam sidang akhbar, Mr. Grey mengaku yang dia mencintai Nisa dan akan berkahwin dengan Nisa. Mendengarkan pengakuan Mr.   Grey, Nisa jadi gelabah dan terus ajak Jannah keluar dari bilik persidangan itu. Jannah dan Nisa balik kampung untuk bertemu ibunya... Majlis pertunangan dorang akan diadakan, namun ibu Mr. Grey tidak bersetuju. Ibu Mr.Grey juga menawarkan sejumlah wang untuk Nisa tinggalkan Mr. Grey.

Namun, Nisa menolak. Malah... Menjemput ibu Mr. Grey untuk menghadiri majlis pertunangan dorang. Dalam masa yang sama Jannah jugak turut meluahkan perasaan terhadap Ilham, adakah nanti Ilham menerima Jannah.

Mr.Grey drama Astro Ria
Kredit : kbergetar04

Pada hari pertunangan Mr. Grey dan Nisa, rupanya ibu Mr.Grey datang. Tapi, masa bersalam dengan Nisa... Dia mengingatkan Nisa tentang sesuatu. Dia datang pun tak lama. Akhirnya, Nisa sah menjadi tunangan Mr.Grey. Mereka bertunang hanya selama sebulan. Mr. Grey pun dah bersetuju untuk tinggal di kampung Nisa.

Pelbagai persiapan perkahwinan mereka dirancang. Namun, suatu hari Nisa dilanggar lari oleh Nabil... Orang suruhan Mr.Red. Nabil pun terpaksa buat kerana diugut. Nisa dibawakan ke hospital. Dia ditahan untuk berehat. Ada jugaklah ibu Mr.Grey datang menjenguk Nisa. Pelbagai tuduhan dia lontarkan terhadap Nisa. Dalam masa yang sama, Mr.Grey mendengar akan segala kata-kata ibunya. Dia juga turut mengugut ibunya... Semua kata-katanya telah di rekod. Nak kata apala kan... Dia balik dalam keadaan marah berbaur sedih.

Di satu sisi, Mr.Red menghadapi masalah di mana terdapat beberapa projek mereka telah diambilalih oleh syarikat lain. Dalam episod 12, Mr. Grey dan Nisa bersanding... Di hari persandingan mereka... Ramai yang hadir termasuklah kak Ain... Macam-macam hal pejabat dia ceritakan kepada Nisa. Apakah yang berlaku selepas mereka bernikah? Adakah orang yang melanggar Nisa diketahui? Semuanya akan terjawab dalam episod 13 malam ni.

Lepas malam ni, ada 3 lagi episod. Sedar tak sedar dah minggu akhir dah megadrama Mr. Grey. Esok atau lusa, adalah tu promo megadrama terbaru yang bakal menggantikannya. Kan?

#MegadramaTerbaru
#Mr.Grey
#NisaArdina
#FendyBakry