Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 7 dan 8 Mr. Grey | Sambungan kisah Nurul Jannah dan Nisa outstation. Sorang ke Dubai, Sorang lagi menemani Mr. Grey meeting di Penang. Masa Nisa hantar Nurul Jannah depan pagar, Nadin dan Nabil menghendap. Mesti Nabil dan Mr. Red ada agenda kan.
Namun, perjalanan Nisa dan Mr. Grey ke Penang diteruskan. Bila sampai ke destinasi, Mr.Grey berjumpa dengan tok ayah dan BOD yang lain. Dalam masa yang sama, Mr.Red pun ada. Tok ayah pun teruskan agenda mesyuarat dengan mengumumkan Mr. Grey sebagai CEO baru Puncak Angkasa. Mr. Red tersenyum sinis dan keluar dari mesyuarat tersebut.
Selepas selesai mesyuarat, Nisa dan Mr. Grey pergi makan dan terus check-in hotel. On the way masuk hotel, Mr.Grey bergurau dengan Nisa pasal kesetiaan... Kalau Nisa nak, Mr.Grey terima je Nisa jadi isteri dia. Haha.... Mr.Grey dah bagi hints dah tu. Lepas tu, Masa nak masuk bilik... Sempat lagi Mr.Grey kenakan Nisa. Tak habis-habis.
Hari kedua mesyuarat di Pineng, Ilham call bagitau mak leha sakit. Apalagi, Nisa gelabah mintak cuti kecemasan dengan Mr.Grey. Tapi, Mr.Grey tak benarkan Nisa balik kampung seorang diri melainkan dia temankan. Nisa terpaksa akur dengan keputusan bosnya.
Masa di kampung, kemain terkejutnya mak leha melihatkan Nisa balik kampung. Bising sungguh dia, bila tengok Nisa bawak balik Mr.Grey. Bila Nisa terangkan, barulah mulut dia diam.
Nisa pun masak apa yang patut termasuklah masak butter prawn kegemaran Mr.Grey. Mr. Grey pulak keluar untuk menghirup udara kampung. Selesai masak, Nisa pergi panggil Mr.Grey.... Sekali lagi Mr.Grey bergurau kena sampuk kat Nisa. Biasalah Nisa Ardina... Sah-Sahlah percaya. Haha... Dalam masa yang sama Ilham datang dan terus tunjukkan majalah maskulin. Cover depan Mr.Grey kot. Haha...
Mereka pun terus makan tengahari bersama. Lepas tu Mr.Grey dan Nisa ikut Ilham melawat tanah arwah ayahnya yang dikerjakan oleh Ilham. Ilham nampak keakraban hubungan antara Nisa dan Mr.Grey, tapi mereka menafikannya.
Kemudian, malam tu Mr.Grey bermalam di rumah Nisa. Pelbagai rahsia Nisa, Mr.Grey dengar. Al-maklumlah, mulut mak leha pun sebijik macam Nisa. Assssyikkkk bercakap memanjang. Lepas tu, Mr.Grey duduk di luar ambik angin dan Nisa pun buatkan air untuk Mr.Grey. Mulalah episod Mr.Grey bercakap soal hati... Siap bagi hints, dia suka suasana kampung Nisa dan dia mulai suka akan seseorang. Nisa mulai perasan, tapi saja nak korek rahsia Mr.Grey lalu bukak pulak cerita pasal MIRA. Apalagi, Mr.Grey bagitaula MIRA bukan kekasih dia. Semalaman Nisa tak boleh nak tidur memikirkan kata-kata Mr.Grey.
Paginya dorang bersiap balik KL dengan Nabil yang datang jemput. Malangnya dorang ditinggalkan separuh jalan, sebab Nabil tu adahal dengan Mr.Red. Nak atau tak... Mr.Grey terpaksa drive sendiri. Masa hantarkan Nisa, rumah gelap. Seperti biasa, Nisa perlukan bantuan Mr.Grey untuk nyalakan lampu. Bila on lansung tak menyala. Terpaksalah dorang carik main suiz dalam gelap. Tetiba orang jabatan agama datang serbu dorang... Sedangkan pintu masih terbukak. Nampak sungguh seperti dirancang... Macam tau-tau je Nisa balik kan... Episod 8 tamat di situ... Nak tahu apa yang berlaku seterusnya kenalah tengok episod 9 next week. Adakah agenda Mr.Red diketahui? Nak ke tidak Nisa kawin dengan Mr. Grey? Kan...
#MegadramaTerbaru
#MrGrey
#FendyBakry
#EyraHazali
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.