Assalamu'alaikum, hai...
Tips Penjimatan untuk telefon bimbit dan telco | Terdapat banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan, sekiranya kita ingin mengurangkan perbelanjaan seharian bagi tujuan penyimpanan. Antara utiliti yang boleh kita kurangkan perbelanjaan adalah dari segi telefon bimbit dan telco.

[ Baca entri berkaitan?  ]

Tips penjimatan telefon bimbit dan telco

Pada Fiza, lebih baik menggunakan akaun pra-bayar sahaja sebab banyak kes di mana Telco amat bijak. Terlalu banyak kos tersembunyi yang kita tidak ketahui. Pada Fiza, dengan pra-bayar kita tidak perlu pening-pening. Ada duit kita pakai. Takde duit kita boleh berkongsi pra-bayar. Itulah yang Fiza dan encik suami amalkan.

Begitu juga dengan pembelian handphone baru. Pada Fiza, telefon bimbit hanyalah alat untuk menghubungkan orang A dengan orang B. Tak lebih daripada itu. Jadi, tak perlulah terlalu taksub nak tukar telefon bimbit setiap kali muncul model terbaru handphone di pasaran.   Kalau nak pun, tunggulah enam bulan selepas berada di pasaran... Sebab, harga pada permulaaan adalah agak mahal kerana ianya untuk menampung kos kajian, kos pengiklanan dan kos produksi mereka. Lagi pun, jika kita menjaga telefon bimbit dengan baik. In Shaa Allah, jangka hayat handphone pun boleh sampai bertahun-tahun lamanya.

Tapi, itu semua hanyalah cadangan sahaja sekiranya ingin berjimat melalui telefon bimbit dan telco. Selebihnya, masing-masing punyai pilihan untuk memilih.

Alhamdulillah, Fiza pun guna pra-bayar setiap bulan dengan hanya menghadkan penggunaan sebanyak RM50 sebulan. RM30 untuk internet dan RM20 untuk call. Kekadang untuk jimat, Fiza guna whatsapp je. Kalau urgent, suami tak reply message barulah Fiza call.

Alang-alang dah bercakap tentang penjagaan telefon bimbit, di sini juga Fiza ingin kongsikan cara bagaimana untuk menjaga telefon bimbit agar lebih tahan lama, Fiza pernah guna handphone samsung note 1 selama 5 tahun lebih sampailah sekarang still ok. Cuma last year... Entah, tetiba encik suami hadiahkan handphone oppo A37. So, dua-dua Fiza guna. Samsung untuk draft entri, oppo pulak untuk kegunaan harian. 


Tips penjagaan handphone supaya tahan lama
Handphone samsung note 1 Fiza yang hampir 6 tahun penggunaan

TIPS PENJAGAAN HANDPHONE SUPAYA TAHAN LAMA

Berikut adalah beberapa tips bagaimana menjaga handphone supaya tahan lama.
  1. Jika merasakan suhu handphone terlalu panas setelah kita menggunakannya, sebaiknya matikan handphone tersebut bagi menjaga komponen dalaman handphone tersebut agar tidak mudah rosak.
  2. Letak handphone di tempat yang mempunyai suhu normal supaya komponen handphone tidak berlaku pengewapan.
  3. Jika handphone kelihatan kotor, bersihkan ia dengan menggunakan kain lembut. Jangan gunakan air untuk membersihkannya agar dapat menjaga komponen handphone dari rosak.
  4. Gunakanlah bateri original dan berkualiti. Selain daripada menjaga handphone agar tetap sihat ia juga menjaga bateri agar tahan lama.
  5. Selalu cas handphone apabila bateri hampir habis atau betul-betul habis. Jika kita cas handphone sebelum habis sepenuhnya, ini menyebabkan bateri handphone cepat rosak.
  6. Gunakan pengecas handphone original. Pengecas yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone mengikut jenama. Jika menggunakan charger yang berbeza, secara tidak lansung ia akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
Tu antara beberapa info bagaimana menjaga handphone agar tahan lama dan bagaimana cara berjimat melalui hanphone dan telco yang kita guna. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Wallahu'alam.

#PenjimatanHandphoneDanTelco
#CaraPenjagaanHandphone