Assalamu'alaikum, hai... 
Aktiviti cuti hari buruh 2018 | Bila cuti, mesti ada perancangan nak buat apa kan. Tapi, Fiza dan famili lebih suka duduk rumah disebabkan cuaca agak panas sekarang ni. 

Aktiviti Hari Buruh 2018

Walaupun tak keluar rumah, Fiza tetap mengingatkan Alia dan Ain untuk minum banyak air kosong. Tips supaya dorang rajin minum air kosong, Fiza dan encik suami kena dulu tunjukkan yang kita kena rajin minum air kosong. Bagi memudahkan dorang nak minum dan tak perlu keluar masuk dapur... Fiza letakkan botol air kosong dorang di atas almari tv. So,  senang nak capai. Alhamdulillah, setakat harini Alia dan Ain boleh habiskan dua ke tiga botol dalam sehari tanpa paksaan. Pada Fiza, kita kena extra care dengan anak-anak bila musim panas. Yelah! Seriau la Fiza dengar isu strok haba. Sesiapa sahaja boleh kena tau apabila kita mengalami dehidrasi melampau. 

Aktiviti mewarna, menggunting, menampal pra-sekolah

Tu part air... Setelah semua kerja rumah siap. Lepas lunch, aktiviti wajib setiap hari... Adalah menemani kak Alia buat kerja-kerja sekolahnya. Hari Isnin, cikgu dia bekalkan latihan 3 in 1... Mewarna, menggunting dan menampal sekuntum bunga di atas kertas. Fiza sekadar pemerhati dan menjawab segala persoalan yang dia cuba lontarkan. Kena jugak tengok kreativiti anak-anak mengaitkan alam semesta dengan kerja sekolah dorang. Alhamdulillah, kak Alia berjaya mewarna mengikut warna yang betul. Cuma, part menggunting still tak perfect lagi. Alia dok ulang-ulang kata bengkang-bengkok hasil guntingannya. Lepas tu asyik tanya... Cikgu tak marah ke nanti. Allahu akhbar... Takut sungguh dengan cikgu. Nasib baik ada encik suami... Sebagai cikgu, mesti dia dengar cakap ayah dia. Haha... No hal lah sayang, nanti kak Alia dah besar... Mesti mahir punya menggunting... Kan? Lepas siap semua menampal atas kertas... Kemas buku terus main dengan adiknya Ain. 

Part belajar, pada Fiza tak perlulah berejam-rejam. Janji anak-anak enjoy dan tak rasa terpaksa untuk buat kerja sekolah. 

Belah petang pulak, lepas waktu Asar... Fiza ajak dorang main di laman rumah. Biasalah budak... Cukup suka lari sana sini. Fiza dan encik suami pulak... Duduk di laman rumah sambil perhatikan dorang. Cukup jam 6 mesti balik.

Sekian... Antara aktiviti hari buruh kami. Sebagai suri rumahtangga, takde istilah hari buruh. Kan? 

#AktivitiHariPekerja2018