Assalamu'alaikum, hai...
Hari pertama ramadan untuk tahun 2018 | Alhamdulillah, first day puasa Fiza tak terbangun... Nasib baik ada mak terbaik. 4.10 pagi mak kejutan kami. Bangun je... Semua dah terhidang di atas meja. Simple menu je mak masak... Sup ayam sayur campur dan sardin je. Berjimat... Haha. Alhamdulillah, semua licin tak berbaki.
Untuk tahun ni, kak Alia dah umur 6 tahun. Dia pun dah hafal niat puasa. Biasalah budak-budak... Suka upin ipin, confirm hafal. Jadinya... Dia menyuarakan rasa teringin nak berpuasa dengan Fiza dan encik suami. So, Fiza kejutkan jugaklah dia... Nampak excited sangat... Tak banyak karenah terus bangun... Masuk bilik air cuci muka terus makan... Cuma bab makan dia tak berselera sangat pepagi. Bila nasi tak habis... Fiza bagi jugak dia oat susu dan kurma untuk tambah tenaga. Kita tengok jelah nanti, sampai pukul berapa dia boleh bertahan. Semoga puasa kak Alia sampai petang la hendaknya. Aamiin...
Sekian, cerita sahur kami untuk first daya puasa. Korang pulak bagaimana? Bangun tak sahur? Ke, terlepas...
#PuasaHariPertama
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.