Assalamu'alaikum, hai...
Siapa artis yang membawa watak Nadine dalam Mr.Grey? | Persoalan pertama keluar daripada kotak pemikiran Fiza, apabila pertama kali melihat kemunculan artis tersebut yang begitu sombong dalam Mr.Grey. Rupanya, dia adalah anak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid dengan komposer dan penerbit muzik, Datuk Roslan Aziz. Berdasarkan beberapa buah laman, berikut adalah biodata ringkas Kayda Aziz pemegang watak Nadine.


Gambar kayda aziz yang membawa watak Nadine dalam Mr Grey
Kredit sumber : Berita Harian

BIODATA KAYDA AZIZ

Nama sebenar Kayda Aziz adalah Wan Nur Khaleda Aziz. 27 tahun dan anak sulung daripada 4 adik-beradik. Mula menyanyi dan menulis lirik lagu sendiri pada usia 13 tahun.

Pernah menjadi guru tadika di Sparkles Montessori di mana dia mengajar bahasa Inggeris dan Muzik kepada kanak-kanak berusia 4 tahun. Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi pada tahun 2013.

Pernah muncul di dalam iklan komersil produk minuman Anlene bersama ibunya. Sangat meminati penyanyi antarabangsa dan single pertama berjudul Down With Me bersama Bem telah memenangi anugerah pada Voice International Music Awards (VIMA).

Then... Megadrama Mr.Grey adalah drama pertama yang dia berlakon. Nak tahu aktiviti dia, bolehla usha akaun media sosial dia seperti berikut :-

Instagram : @sizes3ro
Twitter : @sizes3ro
Website : www.kaydaaziz.com

Terjawab sudah persoalan Fiza. Rupanya dia adalah anak datuk Shiela Majid. No wonder la lakonan dia nampak sedikit kaku... Tapi still ok. Menjadi jugak lakonan dia... Kan?... Bukan senang Musical artist nak terjun dalam bidang lakonan kan? Semoga Kayda Aziz terus sukses dalam kerjayanya. Aamiin...


Sumber info :
www.malaysiandigest.com/hiburan/522015-kenal-lah-saya-sebagai-kayda-bukan-anak-sheila-majid.html

#MegadramaMrGrey
#WatakNadine
#KaydaAziz
#MusicalArtist