Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 1 rahsia hati perempuan | Semalam Fiza tak sempat tengok. So, seperti biasa jam 9 lebih gitu dah terpacak dah depan tv. Check Astro Ria 104. Haipp!! Takde siaran ulangan ke jam 10. So,  Fiza try tukar-tukar channel carik... Rupanya, siaran ulangan untuk megadrama rahsia hati perempuan adalah di saluran Ramadan HD jam 9 pagi

Nak dijadikan cerita... Fiza sempat tengok sampai Zayn dapat surat dari Ilana... Then, tak lama lepas tu, rumah dorang terbakar. Sejak dari haritu Zayn terputus hubungan dengan Ilana. Selepas 15 tahun berlalu, Zayn putus tunang di saat hari pernikahan. Namun, dia ada Mika untuk memberi sokongan di kala hatinya terluka. 

Rahsia hati perempuan
Kredit Gambar : Blog Kepalabergetar

Dek kerana hotel di luar negara dah pun di tempah untuk honeymoon, nak tak nak Zayn dan Mika pergi untuk hiburkan hati... Di sana Zayn dan Mika bertembung dengan Ilana dan Arissa di saat mereka mencari tempat untuk camping... Namun, mereka berlalu pergi tanpa sebarang sapaan. Sampai satu ketika... Zayn dan Mika sesat dalam hutan... Siapakah yang menyelamatkan dorang? Adakah Ilana dan Arissa? Semuanya akan terungkai di dalam episod 2 malam ni... In Shaa Allah, ada masa nanti Fiza update apa yang berlaku dalam episod 2 ok. 

#MegadramaTerbaru
#RahsiaHatiPerempuan