Assalamu'alaikum, hai...
Status FB kini | Lepas PRU14, 9 Mei 2018... Allahu Akhbar, pelbagai status FB semuanya menjurus kepada politik... Yang baru mengundi pun dah seperti 60 tahun bercerita pasal politik. Sedih... Adab kat mana. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bila di atas disanjung tinggi, bila jatuh... Keluarga pun hentam sekali.
Kredit : Google image |
Dalam perkara sebegini, jika kita dah pilih Pakatan Rakyat... Terimalah hakikat. Tak perlulah nak hentam yang dah kalah... Yang kalah pulak tak perlulah nak mencari silap yang dah dipilih... Kehidupan seperti roda... Bergolek dan terus bergolek... Andai kita sebagai rakyat... Asyik bertelagah... I'm right tak sudah... Dikhuatiri, hadirnya kebencian... Yang akhirnya membawa kepada pepecahan.
Why not... Kita berlapang dada, terima dengan hati terbuka... Pilihan pun dah dibuat... Terimalah hakikat. Bersyukurlah kita masih hidup di sebuah negara yang aman dan bebas bergerak. Jangan kufur nikmat... Nanti Allah tarik... Nauzu billahi min zalik.
Ramadan pun dah hampir. Tutup buku lama... Kita buka buku baru. Takde siapa di dunia ni yang perfect right... Termasuklah diri ini...
Wallahu'alam...
1 Comments
setiap orang kena terima hakikat..kita tak selalu menang dan sewajarnya berhenti memburukkan org lain yang entah betul atau tidak..bertukar kerajaan bukan tanda end of the world..mana tau mereka boleh mengubah ekonomi kita yang semakin teruk kan...just my 2cents
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.