Assalamu'alaikum, 
Selamat Pagi.

Berpantang selepas keguguran | Alhamdulillah, keadaan Fiza semakin stabil dan sekarang berada pada hari kelapan berpantang. Memandangkan Fiza tak pernah ada pengalaman berpantang selepas keguguran. Semasa berada dalam wad di kala mata tak boleh nak pejam, Fiza cuba dapatkan maklumat mengenai bagaimana nak berpantang selepas mengalami keguguran. Tak cukup itu, Fiza jugak turut bertanya dengan nurse dan mak.

Informasi

Bagaimana Berpantang Selepas Keguguran 

Alhamdulillah, setelah difikirkan demi kesihatan diri... Lagipun, Fiza fully surirumah... Mak pun dah bagi pendapat. So, Fiza buat keputusan berpantang seperti lepas bersalin selama 44 hari. Harini dah hari ke-8 dalam pantang. Fiza tak start lagi ambik jamu waima Fiza dah pun siap beli jamu orang kampung. Al-maklumlah, masa keguguran dah banyak sangat dah darah keluar. Maybe, Fiza akan start ambik jamu pada hari ke-10 berpantang. In Shaa Allah...

Informasi

Untuk duatiga hari ni, Fiza just minum separuh gelas air rebusan sireh fresh sahaja. 

Part mandi, memang sepanjang pantang atau beberapa bulan kemudian Fiza akan mandi air panas. Yang ni tak boleh ingkar... Kalau tak, percuma kena sound dengan mak. Part makan pulak... Memang kena disiplin habis... Semuanya mak pantau. Nak atau tak kenalah banyak bersabar. Ais? Memang Fiza akan pantang lama... Dah terbiasa tak minum ais... So, tak kisah sangatlah pasal tu...

Pakaian pulak, berstokin... Tutup kepala dan baju sejuk 24 hours kena pakai. Mak kata... Berpantang keguguran kena disiplin dan tak boleh main-main. Then, weekend Fiza akan bersauna... Yelah! Encik suami cuti baru buat... Katanya, tak nak susahkan mak sangat. Kesian dia... Cukuplah dia masak untuk Fiza... Lain-lain hal, encik suami akan lakukan. Kekadang, kesian pulak Fiza tengok encik suami... Dahla penat kerja, balik pulak nak kena buat kerja rumah... Maybe dia fobia tengok banyak sangat darah keluar haritu kot... Sampaikan dia kata cukuplah dua orang... Allahu Akhbar, apalah encik suami fikirkan. Tapi, bagi Fiza... Tu semua tidak mematahkan semangat Fiza. In Shaa Allah, jika ada rezeki... Apa salahnya kan...

Cuma... Agak janggal, bila berpantang tanpa baby di sisi. Namun, Fiza akan cuba sebaik mungkin untuk menguatkan emosi diri... Demi kesihatan, anak-anak dan suami. Anggap je yang berlaku itu adalah ujian dari Allah agar kita lebih dekat denganNYA. Wallahu'alam...

Urusan anak-anak, alhamdulillah... Encik suami sentiasa ada di sisi untuk bantu apa yang patut. Memang totally, encik suami bagi Fiza rehat dan tak dibenarkan banyak bergerak. Banyak bergerak... Siap! Kena sound dengan dia. 8 hari berpantang, Fiza dah mulai rasa bosan. So, tak nak otak asyik berfikir benda yang dah berlaku... Fiza start kembali menulis blog. In Shaa Allah, jika ada kerajinan... Bolehlah kembali blogwalking.

Kena berfikiran positif. Tak mau sedih-sedih dah... Kan?

#KisahBerpantangKeguguran