Assalamu'alaikum, hai... 
7 langkah bijak kurangkan gula | Bila usia semakin meningkat, kita kena jaga pemakanan. Bak kata pepatah... Mencegah lebih baik daripada mengubati. Fiza suka guna aplikasi pinterest untuk dapatkan info kesihatan dan sebagainya dalam bentuk bergambar. 

Al-maklumlah Fiza golongan kinestetik dan visual. So, lebih cepat ingat kalau sesuatu maklumat tu diolah dalam bentuk visual. That why, masa di universiti dulu... Fiza suka buat nota dalam bentuk visual mapping. Haha... Panjang pulak mukadimah ye... Padahal nak share langkah bagaimana nak kurangkan gula dalam diet harian je pun... Kan? 

Cara kurangkan gula
Kredit : Pinterest

Serius, sebenarnya bukan mudah nak kurangkan gula dalam diet harian kita... Lebih-lebih lagi kalau kita seorang yang suka makan benda-benda manis. Namun, sikap boleh diubah right...

CARA MUDAH KURANGKAN GULA DALAM DIET

So,  entri kali ni Fiza nak share la jugak langkah mengurangkan gula dalam diet harian kita... Di mana...

PERTAMA
Minum air kosong untuk menggantikan minuman bergula. 

KEDUA
Hadkan 1 sudu teh gula sahaja untuk satu cawan hidangan. 

KETIGA
Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula.

KEEMPAT
Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

KELIMA
Elak menambah gula dalam masakan.

KEENAM
Pilih produk berlabel rendah gula dan bebas gula.

KETUJUH
Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

Tu antara 7 langkah mudah bagaimana nak mengurangkan gula dalam diet harian kita.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat buat kita semua.

#CaraKurangkanGula
#TipKesihatan