Assalamu'alaikum, hai... 
Episod 1 cinta tiada ganti | Fiza berkesempatan tengok ulangan jam 11 pagi hari berikutnya je. So, pagi ni... Layanla jugak. Kisahnya bermula... Apabila Ijah melahirkan sorang anak perempuan di rumah kawan baiknya Atan. Tapi, Ijah benci akan bayi tersebut... Kononnya bayi tersebut telah musnahkan masa depannya. Apa ek yang berlaku sebenarnya... 

Episod 1 cinta tiada ganti
Kredit : 11ayanon9.net

Tetiba throwback... 

Atan dan Ijah berkawan baik. Ke mana sahaja pergi mesti bersama-sama. Dalam diam Atan menyimpan perasaan terhadap Ijah. Ijah seorang jururawat klinik kesihatan. Dalam masa yang sama... Rizal seorang anak hartawan meminati Ijah... Dan bertemu Ijah di klinik. Atan perasan masa hantar makanan dengan Ijah. 

Rizal dan Ijah bercinta. Sampai satu tahap, Rizal bawak Ijah berjumpa bondanya. Namun, bondanya tidak suka akan Ijah. Sebaliknya inginkan Betty menjadi isteri buat Rizal. 

Sampai suatu malam, Rizal merancang nak bawak Ijah lari. Rizal seperti risau kerana dah terlalu lama menunggu... Sebaliknya, bonda Rizal mendesak supaya Rizal cepat-cepat naik bot. Adakah ketidakhadiran Ijah ada kaitan dengan bonda Rizal. 

At the same time.... Dalam nak menuju ke bot... Tetiba Ijah diseret ke dalam semak oleh seseorang dan akhirnya telah dirogol. Adakah itu semua orang suruhan bonda Rizal... Atau... Adakah itu kerja Atan. Al-maklumlah, Atan pun tak suka Ijah bercinta dengan Rizal... Sebab dia pun mencintai Ijah... 

6 tahun berlalu, Ijah masih tidak boleh menerima kehadiran Bella dalam hidupnya. One day, Bella lari dari rumah... Sampai ke malam tak balik. Atan cari pun tak jumpa.... Bila dimarahi ibu Atan... Barulah Ijah sedar dan memcari Bella. Akhirnya Ijah menyayangi semula Bella. Masa Ijah dan Atan bawa Bella jenjalan di kampung... Rizal yang di dalam kereta melihat mereka. Namun, bonda Rizal melarang daripada bercakap dengan Ijah. 

Malamnya...  Rizal datang ke rumah Atan untuk berjumpa Ijah... Untuk mengetahui kenapa dia tidak datang ke bot 6 tahun lepas... Masa tu... Atan dok tunjukkan plan rumah dorang bila dah kawin nanti. Atan sempat tumbuk Rizal. Namun, terlerai... Sebab Ijah ingin ceritakan perkara sebenarnya kepada Rizal. Episod 1 berakhir apabila Ijah ingin menerangkan perkara sebenar yang berlaku pada malam kejadian. 

Macam menarik jalan ceritanya... In Shaa Allah, ada masa dan peluang... Akan Fiza updated episod seterusnya. 

#DramaCintaTiadaGanti