Assalamu'alaikum, hai...
Episod 2 Cinta tiada ganti | Ijah menceritakan perkara sebenar kepada Rizal. Rizal minta maaf ke atas apa yang berlaku dan dia lansung tak tahu. Rizal berjanji akan tebus apa yang berlaku dengan janji untuk membawa Ijah berpindah ke Amerika. Apakah perancangan mereka?
Malam tu Ijah keluar dari rumah Atan. Manakala Bella ditinggalkan di rumah dengan ibu Atan. Bimbang akan keselamatan Ijah, ibu Atan meminta mencari Ijah. Ijah lari dalam ladang kelapa sawit... Ketika Atan mencari Ijah, tetiba terdengar bunyi tembakan. Atan meluru ke atas bunyi tembakan. Kelihatan Ijah seperti ketakutan... Sementara Kapten Raimi dan isterinya terbujur kaku atas tanah dengan kesan tembakan. Ijah lari, manakala Atan pulak kena pukul oleh seseorang dari belakang.
Bila sedar, Atan dah pun berada di balai polis dan disoal siasat. Disebabkan dia mencintai Ijah, dia mengaku yang dia yang telah melakukan pembunuhan tersebut. Di sisi lain, semasa Bella jalan-jalan di kampung, dia terserempak dengan seorang budak lelaki menangis teresak-esak merenung surat khabar... Bila Bella tegur, dia terus melarikan diri.
Bella dan ibu Atan menjalani kehidupan seperti biasa... Ada masa dorang menjenguk Atan di penjara. Suatu hari, Atan bagitau ibunya... Yang dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur... Dan disebabkan tak nak berjauhan dari Atan, ibunya jugak turut membawa Bella pindah ke KL dan tinggal di rumah adiknya. Di situ Bella mengenali Aim dan Sainey... Di KL, Nama Bella dikenali sebagai Ara... Mereka membesar sebagai 3 sahabat baik.
Ara dan Sainey dah habis belajar... Manakala Aim bekerja. Ayahnya seorang pensyarah. Tapi, tak nak bagi Aim masuk universiti... Dia jugak turut memboikot universiti swasta tempat dia bekerja... katanya mahal sangat... Sampai sanggup tak pergi kerja. Melihatkan keadaan ayahnya, Aim mintak bantuan bapa saudaranya untuk memujuk ayahnya. Namun, ayahnya lansung tak nak terima... Sebaliknya turut memarahi Aim.
Malamnya Aim pergi atas bangunan tempat selalu dia dan Ara selalu jumpa. Ara pun ada sama. Sainey perasan. Mungkin jugak Sainey menaruh hati terhadap Aim. Masa on the way balik rumah selepas berjumpa Aim, Ara terserempak pulak dengan ibu Aim di luar dapur kedai makan. Ibu Aim menceritakan masalahnya kepada Ara... Ara pun mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada Aim. Dia tahu dorang sedang mengalami masalah kewangan. Al-maklumlah, berapa bulan dah ayah Aim tak pergi kerja. So, mana datangnya duit. Mulanya ibu Aim menolak. Atas desakan Ara, akhirnya dia menerima bantuan Ara.
Episod 2 berakhir dengan situasi sedih ibu Aim berpelukan dengan Ara sambil diperhatikan oleh nenek Ara. Hurmmm... Semakin banyak persoalan wujud... Macam best je kan. Nak tahu cerita seterusnya, kenalah tengok episod 3 nanti...
#CintaTiadaGanti
#DramaBersiri
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.