Assalamu'alaikum, hai...
Episod akhir drama pengantin 100 hari | Bila minat menguasai diri, drama pun diulas sekali. Kan? Malam ni episod akhir untuk drama pengantin 100 hari. Sementara tunggu Nur Ain tidur, Fiza dan encik suami layan dulu drama tersebut. 

Alkisah...

Ibu Amar marah pada datuk Erina... Kerana dia, Jasmin masuk penjara. Siapa tengok last week punya episod... Yasmin serang datuk Erina. That why masuk penjara. Erina cuba pujuk datuknya untuk serahkan semula syarikat milik Jasmin. Namun, datuk Erina tetap berdegil.

Di rumah, ayah Amar ingin memberitahu sesuatu kepada isterinya Jasmin. Namun perbualan mereka terhenti disebabkan kehadiran Amar. Tapi akhirnya, Sherry datang ke rumah dan ayah Amar memperkenalkan Sherry sebagai isterinya. Ibu Amar menjadi kurang waras.

At the same time, Erina berjumpa Sofia untuk memberitahu perkara sebenar yang dah berlaku. Namun, Sofea menyatakan Erina lebih layak menjadi isteri Amar. Apabila ayah Amar bercerita tentang Khalif... Sekali lagi Amar dan Erina berjumpa Sofea. Tetapi Sofea tetap dengan pendiriannya.

Drama pengantin 100 hari berakhir dengan kehadiran Sofea ke rumah Amar untuk menyatakan keputusannya. Dia tak nak pentingkan diri sendiri. Akhirnya, dia tetap tak nak kembali sebagai isteri kepada Amar... Sebaliknya mereka berkawan kerana Khalif... Dan biarlah Erina menjadi isterinya. Akhirnya Erina mengandungkan zuriat Amar... Mereka bersatu dalam sebuah famili yang bahagia akhirnya.

Kredit : www.myinfotaip.com

DRAMA TERBARU MENGGANTIKAN PENGANTIN 100 HARI

Tengok promo, drama terbaru yang akan menggantikan drama pengantin 100 hari adalah Semerah cinta Humairah. Best ke tidak kenalah tengok malam esok. Actually, dramanya tentang seorang gadis bernama Humairah lakonan Janna Nick yang terpaksa meneruskan tradisi keluarga, di mana berkahwin di usia muda dengan lelaki pilihan keluarganya, Si Shahir lakonan Fahrin Ahmad... Yang lansung tidak mencintainya. Pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka yang terpaksa Humairah lalui. Adakah Humairah mampu bertahan? Atau adakah suaminya Shahir menerima Humairah dalam hidupnya.

Nak tahu kenalah tengok sendiri. Betul tak? Berdasarkan sumber... Ada 15 episod. Selain Janna Nick dan Fahrin Ahmad, terdapat jugak pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut... Antaranya adalah seperti Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Fadilah Mansor, Fish Fazil, Fimie Don, Kismah Johar, Feiyna Tajudin dan Wan Sharmila...

Tengok promo, sepertinya Wan Sharmila yang akan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Humairah dan Shahir... Wan Sharmila kalau bawak watak wanita jahat memang menjadi... Hurmmm... Lately, Fiza tengok... Drama semua mengenai kisah orang ketiga yang rosakkan rumahtangga orang. Subhanallah... Seriau dengar... Semoga dijauhkan dari semua tu hendaknya... Aamiin... Biarlah yang baik dijadikan teladan... Yang tak elok biarlah dibuang jauh...

#SamarindaTerbaru
#Pengantin100Hari
#SemerahCintaHumairah