Assalamu'alaikum, hai...
Jangan benci cintaku, minggu pertama | Korang layan tak slot akasia tv3? Fiza so far layanla jugak. Selalu tengok di internet je. Untuk episod 1-5, ia mengisahkan tentang perkahwinan Shah dan Fika. Shah amat menyayangi Fika, walaupun Fika masih lagi bersikap kebudak-budakkan. Suka keluar berjoli dengan Damia dan sepupunya, Irwan. Irwan menyukai Fika sejak dari kecil lagi dan Shah juga mengetahui perihal tersebut.

Jangan benci cintaku
Kredit : mmoclip.com

Selepas Shah dan Fika berkahwin, Nek pah... Iaitu nenek kepada Shah selalu buat spot check. Nasib Fika baik, setiap kali nek pah suruh masak... Pasti dia terselamat. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah suatu hari... Fika dapat offer sambung belajar ke Pert. Kemain gembira... Al-maklumlah, itulah cita-cita dia sebelum kawin. Semua orang menentang Fika. 5 tahun terlalu lama untuk dia dan Shah tinggal berjauhan.

Dalam diam Irwan telah uruskan apa yang patut... Seperti dia ingin jauhkan Fika dari Shah. Pelbagai usaha Shah dan rakan sepejabatnya lakukan untuk menghalang Fika... Namun, semua itu akhirnya gagal. Nak atau tak,  demi cita-cita Fika... Shah telah mengizinkan Fika untuk terima tawaran tersebut.

Sampai di Pert, Fika jarang call Shah. Selalu, Shah je yang tanya khabar Fika. Setahun berlalu, perjalanan kehidupan mereka seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kerja dan belajar. Namun, bila ada kelapangan... Shah seringkali bercuti ke Pert untuk menemui isteri tercinta. Shah sempat berjanji dengan Fika, yang dia tak kan berubah. Masa konvo Fika pun, dia berjanji pasti datang bawak hadiah paling special.

One day, Shah berkenalan secara tak sengaja dengan Husna disebabkan kunci kereta Husna tertinggal di dalam kereta. Atas bantuan Shah... Masalah Husna dapat diselesaikan. Mereka sering bertembung... Al-maklumlah, satu bangunan tempat kerja. No wonder, sering bertembungla kan... 

Kemudian, semester break... Fika call Shah bagitau... Plain dengan Damia untuk pergi bercuti tak jadi. So, dia nak Shah datang untuk menemaninya. Suami mana tak sayang isteri kan... On the spot Shah ke Pert. Lama tak jumpa... Mestilah rindu right. Tapi, sayang... Suatu pagi dia terjumpa pil perancang di atas meja... Apakah reaksi Shah?

Hurmmm... Stop di situ yer. Bila di Malaysia, Shah sibuk dengan kerja. Jarang call Fika. Fika call pun, Shah jarang akan... Sehinggalah satu hari Shah dan Husna breakfast bersama sambil bercerita tentang diri memasing.

5 tahun yang ditunggu, akhirnya tiba... Shah lansung tak datang pada hari konvokesyen Fiza... Yang datang hanyalah parents Fika. Menurut Fika, Shah sibuk dengan kerjanya di Bali. Adakah Shah benar-benar sibuk? Atau terasa hati dengan pil perancang yang dia jumpai masa bercuti dengan Fika.

Sama-sama kita nantikan kesinambungan ceritanya nanti pada episod 6 malam ni, 10 Julai 2018... Jam 7 malam di Slot akasia, semestinya di tv3.

#JanganBenciCintaku
#AkasiaTerbaruJulai2018