Assalamu'alaikum, hai...
Kenapa charger handphone cepat panas? | Lately, charger handphone Oppo A37 Fiza selalu cepat panas ketika digunakan. Kenapa ye? Seperti kebiasaan, Fiza akan menggunakan kuasa google untuk mencari solusi... Risau jugak... Kot-kot, overheat... Meletup pulak. Bahaya tu.
SEBAB MENGAPA CHARGER HANDPHONE SELALU PANAS KETIKA DIGUNAKAN
Alhamdulillah, google sememangnya tidak pernah menghampakan. Ternyata banyak sebab kenapa charger handphone boleh jadi panas ketika digunakan. Alhamdulillah, dengan mengamalkan tips yang dikongsikan... Akhirnya, charger handphone Oppo A37 Fiza tidak lagi panas ketika digunakan walaupun tidakla 100%.
Actually, terdapat beberapa sebab mengapa charger handphone boleh jadi panas setiap kali digunakan. Antaranya ialah :-
#1. Mengecas hanphone di tempat yang panas
Mungkin jugak kot, dahla cuaca sekarang agak panas... Then, Fiza selalu charge handphone kat dapur. Bila Fiza tukar di ruang tamu... So far memang betul la. Mungkin itu salah satu puncanya. Kan?
#2. Mengecas handphone dalam keadaan beberapa aplikasi masih running.
Kebiasaannya, Fiza charge handphone bila dah bateri tinggal 2% dan masih on. Kemudian, ada pulak beberapa aplikasi masih running. So, Fiza try tutup aplikasi dan off'kan handphone ..Ternyata berkesan.
#3. Berlainan jenama hanphone, tapi menggunakan charger yang sama.
Sebab yang ketiga ni... Ramai penjual handphone yang mengatakan tak boleh berkongsi charger. Mungkin jugak... Sebab bila adik-beradik dah ramai balik... Memang main bantai je guna charger... Janji masuk. Kan?
Walaubagaimana pun, setelah mengikuti tips yang dikongsikan di google... Ternyata ianya berkesan walaupun takla 100% kepanasannya hilang. Atleast... Ianya berkurang. So, takdelah risau sangat sampai berimaginasi yang charger tu meletup. Haha...
Semoga info ringkas dari Fiza ni memberi manfaat buat kita semua. Aamiin...
#ChargerOppoA37CepatPanas
1 Comments
Terima kasih atas perkongsian Fiza ni, fon zumal pun selalu jadi camni...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.