Assalamu'alaikum, hai...
Latih tubi, sekejap pun jadi | Lama tak update pasal anak-anak. Pejam celik... Pejam celik, kak Alia dah 6 tahun. In Shaa Allah, next year dia darjah satu dah. Alhamdulillah, everyday... Bila takde homeworks, Fiza sentiasa memastikan kak Alia buat latihan matematik. Tak lama pun,15 minit... Dalam 20 soalan ke... Dah memadai. Nak buat banyak boleh je... Tapi serius, budak kan cepat bosan... Baik buat sikit, tapi selalu. Anak-anak pun takdela stress. Alhamdulillah, kak Alia dah faham konsep tambah dan tolak. Bagi je latihan, dia dah tahu dah bagaimana nak selesaikan. Cuma kekadang tu, ada satu atau dua mesti berlaku kesilapan jawapan. Takpe, kesilapan itu jugak mengajar dia supaya akan datang lebih berhati-hati dalam mengira jawapan agar tidak berlaku kesilapan.
Pada Fiza, membuat latih tubi juga adalah salah satu cara untuk elak anak-anak daripada menghadap gajet. Kemudian, ia juga secara tidak lansung menguatkan lagi jari-jemari anak-anak... So, takdelah kekok untuk menulis. Tulisan pun mulai nampak lebih kemas.
Baca : Tips elak anak ketagih gajet
Alhamdulillah, Fiza percaya... Jika kita berterusan berlatih, In Shaa Allah... Suatu hari pasti kita mahir jugak. Selain matematik, kak Alia jugak buat latihan membaca... Mudah-mudahan, masuk darjah satu nanti dia dah boleh membaca dengan lancar. Aamiin.
Semoga kak Alia sentiasa diberi kerajinan dalam menimba ilmu. Wallahu'alam...
#Homeschooling
2 Comments
Insha Allah Alia dapat membaca lebih lancar, Aamiin...
ReplyDeleteha'ah betul tu kak, bila rajin bagi anak buat latih tubi boleh elakkan diorang luang masa dengan gajet. Bonding dengan anak2 pun makin kuat sebab spend time dengan diorang
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.