Assalamu'alaikum, hai... 
Personaliti mereka yang lahir bulan Januari | Alhamdulillah, syukur di atas peluang dan ruang yang ada. Dalam famili Fiza, takde lagi yang lahir pada bulan Januari. Tapi, teringin jugak nak tahu ciri-ciri mereka yang lahir pada bulan tersebut. Namun, jangan percaya 100% ok dengan apa yang Fiza kongsikan... Just sebagai gambaran... Yang baik kita simpan. Yang tak elok... Cuba kita perbetulkan. Sekiranya terdapat persamaan karaktor, Mungkin itu juga kebetulan... Kan?

Kredit : www.schoolapply.co.in

CIRI-CIRI MEREKA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI
Berdasarkan beberapa buah laman yang Fiza baca, ternyata mereka yang lahir pada bulan Januari... Dikatakan mempunyai beberapa karaktor seperti berikut :-
  1. Bercita-cita tinggi dan serius orangnya
  2. Suka mendidik dan dididik
  3. Pandai mengambil hati orang lain
  4. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  5. Bersikap romantik tapi tak reti nak tunjuk
  6. Suka duduk rumah
  7. Bersikap pemalu
  8. Sensitif dan
  9. Sangat cemburu
Tu antara lain sifat atau karaktor mereka yang lahir pada bulan Januari... Yang kebanyakkan orang kongsikan di media sosial. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Jadikan ianya sebagai checklist untuk kita menilai diri kita sendiri sebelum orang lain membuat penilaian. Lebih baik lihat kelemahan sendiri, sebelum kita melihat kelemahan orang lain... Atleast, dengan info sebegini... Kita sentiasa beringat untuk cermin diri... Nak jadi yang terbaik bukanlah mudah right

Apa-apa pun, semoga harini lebih baik daripada hari semalam. Selamat berhujung minggu semua.

#LahirBulanJanuari