Assalamu'alaikum, hai...
Rahsia bersedekah walaupun hidup taklah kaya | Semalam sebelum tidur, encik suami sempat bagitau nak sedekahkan kuih atau mee untuk dorang mesyuarat pagi ni. Dorang tak ramai pun. Sekolah kecik je. Tempat kami harini sekolah ganti. Jadi... Alhamdulillah, seawal jam 4 pagi Fiza dah bangun untuk membancuh adunan donat dan sediakan bahan untuk bihun goreng dan popia inti kari ayam. Satu idea yang encik suami bagi bila berhasil selongkar barang dapur semalam. Haha...

Kebiasaannya, dapat gaji... Memang encik suami akan beli barang kering seperti tepung, bihun dan sebagainya untuk sebulan. That why, bila-bila masa plan nak bersedekah... Semua bahan ada. Alhamdulillah...



Pada Fiza, walaupun kehidupan kami taklah kaya. Tapi, bila selalu bersedekah... Nikmat ketenangan apa lagi nak didustakan... Itu jugak rezeki kan, biarpun bukan berupa wang ringgit. 

Tetiba mata masuk habuk, teringat... Arwah nenek, kata nenek... Semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita dapat... Yang pasti, setiap manusia itu telah Allah aturkan rezeki dan perjalanan kehidupannya. Bila kita sentiasa bersyukur... Percaya kepada rezeki Allah, bersedekah dengan ikhlas... In Shaa Allah, rezeki kita akan sentiasa ada... Walaupun datang dalam pelbagai bentuk. Tak perlula nak tunggu bila dah kaya baru nak bersedekah...

Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki untuk dikongsikan bersama. Aamiin...

Entri sekadar  mengingatkan diri agar murahkan tangan untuk terus bersedekah... Kerana nikmat di sebalik bersedekah itu tidak merugikan... 

#NikmatBilaBersedekah