Assalamu'alaikum, hai...
Rahsia blog ramai pembaca | Alhamdulillah, dia atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. "Rahsia blog ramai pembaca", pastinya suatu kenyataan yang amat blogger dambakan. Betul tak? Fiza sendiri pun tak terkecuali... Saban hari, Fiza cuba untuk mencari ilmu bagaimana nak tingkatkan bilangan pembaca dalam blog... 


MENULIS BLOG DENGAN JIWA ITULAH RAHSIANYA

Mungkin sebelum ni, kita tak terfikir pun mengenainya. Tapi itulah hakikat... Yang perlu kita fikirkan. Menulis blog dengan jiwa yang menjadikan kita berbeza. Bila penulisan disuntik dengan jiwa dan rasa... In shaa Allah, para pembaca juga turut terkesan dengan hasil penulisan kita. Tak mustahil, hari demi hari mereka akan merindui penulisan kita. Betul tak?

Apa yang dimaksudkan menulis dengan jiwa adalah...

#1. Menulis apa yang kita ketahui
Blogger yang menulis blog dengan jiwa pastinya akan menulis apa yang dia tahu dan setiap fakta terlebih dahulu dikaji... Dengan harapan, apa yang dikongsi mampu memberi kefahaman yang maksimum kepada para pembaca.

#2. Menulis apa yang disukai
Bila kita membuat sesuatu perkara yang kita suka, automatik kita akan berasa gambira. Bila kita gembira, kita teruja. Kalau dah teruja tu... Tak mustahil, cerita yang kita karang pun mantap... Malah, pembaca pun boleh jadi teruja untuk membaca sampai ke noktah yang terakhir.

#3. Menulis apa yang dialami
Menulis sesuatu perkara yang pernah kita lalui dan rasai dianggap sebagai suatu pengalaman. Bila kita berkongsikan mengenai pengalaman sendiri... Cerita menjadi lebih menarik kerana bukan direka. Bait-bait kata yang kita pilih, ungkapan yang kita kongsi akan lebih dekat di hati. That why la, kekadang sesetengah blog ada pembaca yang menitiskan air mata. Tak kurang jugak bila baca, akan membuatkan pembaca tersenyum sendirian, ketawa sendirian dan teruja sendirian. Kenapa? Sebab hasil tulisan yang dirasai dekat di jiwa.

#4. Menulis dengan nada bercakap
Blog yang ditulis dengan nada seolah-olah sedang bercakap dengan orang sebelah akan membuatkan penulisan menjadi seronok dan menarik... Dan secara tak lansung, ia membuatkan pembaca jatuh cinta. Bila dah seronok membaca... Jadi tak sabar nak tunggu next entry... Malah, ada yang lebih advance... Siap pm tanya bila nak update blog. Kan? Siapa pernah pm suruh update? Rindu katanya nak baca entri... Hehe...

Sedar atau tidak...

Sebenarnya nilai 'jiwa' dalam penulisanlah yang membuatkan kita berbeza... Sehingga membuatkan pembaca tak jemu berkunjung ke blog kita semata-mata nak tahu dan baca apa entri seterusnya. Betul tak? Korang pun mesti ada blog kesukaan kan? Begitu jugak dengan Fiza. Hehe...

Apa-apa pun, kena enjoy menulis barulah best. Kan!

#TipsBlogging