Assalamu'alaikum, hai...
Review Drama Apabila terbit Fajar | Fiza anak tunggal yang masih lagi bersekolah. Balik sekolah mesti lalu di sebuah rumah budak lelaki bernama Mahmud. Hari-hari budak lelaki tersebut menyapa Fiza. Suatu hari, Fiza dirogol oleh Mahmud.


Apabila terbit fajar

9 bulan kemudian, Fiza melahirkan bayi perempuan diberi nama Fajar. Ayah dan ibu Fiza marah pada Fiza sehinggakan ibunya berlakon yang dia sebenarnya dalam pantang tiap kali ada orang datang berziarah. Ayahnya marah kerana tak tahu siapa yang menyebabkan Fiza mengandung. Fiza tak nak buat police report bersebab... Sebabnya Mahmud ugut nak bunuh dia dan jugak familinya. Hari yang dilalui Fiza dan Fajar amat kelam... Selalu kena marah.

Habis pantang, Fiza kembali ke sekolah. Fiza banyak berubah. Suka menyendiri. Balik sekolah pasti ada sahaja yang tak kena. Nak bagi Fajar menyusu badan pun, Fiza tak dibenarkan. Namun, Fiza tetap berusaha belajar untuk dapatkan 10'A dalam SPM. Seandainya itu boleh mengembalikan kasih sayang ibu dan ayahnya.  Tapi... Jangkaan Fiza meleset. Ayahnya tetap marahkan Fiza.  Dek kerana tak tahan... Fiza bawak Fajar lari. Masa belikan susu buat Fajar, Fiza sempat tanya kot-kot pekedai tersebut perlukan pekerja. Walaupun pekedai tersebut takde kerja kosong, tapi dia perkenalkan Kak Siti di sebuah hotel murah kepada Fiza... Dia perlukan cleaner... Dan Fiza dibenarkan kerja dan tinggal di hotel tersebut. Namun, Fiza dan Fajar kena halau dengan kak Siti kerana tak mahu melayan customer tetap hotel tu.

Malamnya, Fiza dan Fajar tidur di kawasan lapang... Tetiba seorang makcik yang tengah ralit mengumpul tin kosong terlihat akan Fiza dan Fajar... Sejak itu, Fiza dan Fajar tinggal di rumah makcik tersebut. Tak lama lepas tu, Fiza dapat tawaran sambung belajar dalam bidang undang-undang. Mereka melalui kehidupan seperti biasa... Dan Fajar pun dah sekolah.

Fiza kirimkan duit buat ibu dan ayahnya di kampung melalui kawannya. Ayah Fiza sangat marah sehinggalah dia jatuh sakit. Fiza konvo pun dorang tak datang. Kemudian, lepas konvo Fiza bekerja di firma guaman.

Suatu hari Fiza berjumpa dengan Suraya. Suraya sempatlah bagitau keadaan ayahnya yang sakit. Dia jugak turut bagitau yang kawan dorang Laila nak kawin dengan Mahmud... Disebabkan tak nak Laila berkahwin dengan Mahmud... Fiza menceritakan kepada Suraya perkara sebenar sehingga menyebabkan dia dan Fajar terpaksa lari dari rumah.


Kesudahan apabila terbit fajar
Kredit : www.infobergetar.blogspot.com

Apabila diceritakan kepada Laila... Laila seperti tidak percaya dan turut marah dengan Fiza. Fiza pulak balik kampung. Ayahnya meninggal dunia. Start haritu la Fiza menceritakan perkara sebenarnya kepada ibunya... Kemudian, melakukan ujian DNA untuk Fajar. Kisahnya berakhir dengan tertangkapnya Mahmud... Keadilan tetap muncul walaupun lewat. Kan?

*************

Pada Fiza, drama arahan Along Kamaludin tak pernah mengecewakan. Sedih dan banyak pengajaran terselit dalam ceritanya. Jadikan semangat Fiza satu contoh buat gadis di luar sana yang dah terlanjur ataupun kena rogol. Jangan buang bayi yang tak berdosa... Sebaliknya jagalah amanah itu sebaik mungkin. Nasik dah jadi bubur. Kekadang Allah duga kita dalam pelbagai perkara... 

Kemudian, hati-hati... Jangan terlalu percaya dengan lelaki, kekadang ada lelaki yang hanya nak ambik kesempatan je. Habis madu, sepah dibuang. Tapi, tak semua begitu. Lelaki jahat je akan melayan perempuan seperti itu.

Not bad... Fiza bagi 4 daripada 5 bintang untuk drama ni. 

#Cerekarama
#ApabilaTerbitFajar