Assalamu'alaikum, hai...
Si hitam yang bermanfaat? | Alhamdulillah, syukur di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. First things first... Korang suka tak letakkan lada hitam dalam makanan?. Dalam famili Fiza, kami suka letak lada hitam dalam makanan... Terutamanya kalau masak daging black pepper... Pergh!!! Sedapnya la hai... Makan pulak dengan nasi panas. Hurmmm... Padanan terbaikkk.
Untuk pengetahuan bersama...
Menurut kajian di Michigan Cancer Centre, mengatakan lada hitam sebenarnya mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita.
KEBAIKAN LADA HITAM DALAM MAKANAN
Lada hitam mengandungi piperine yang membantu mencegah perkembangan sel kanser payudara. Selain itu, ia juga dikatakan mengandungi vitamin C, vitamin A, flavonoid, karoten dan antioksidan yang membantu mengatasi radikal bebas dalam tubuh.
So, kaum hawa... Take noted ya. Lepas ni bolehla selalu letak lada hitam dalam lauk. That it's... Simple entri untuk makanan minda pepagi. Apa-apa pun, mulakan hari kita dengan senyuman. Semoga hari ini, lebih baik daripada hari semalam.
#KebaikanLadaHitam
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.