Assalamu'alaikum, hai...
Tanda perubahan pasangan bila mulai curang | Bila dah lama kenal dan lebih-lebih lagi dah kawin... Tiba-tiba sikap berubah. Pastinya ada yang tak kena. Betul tak? Memandangkan drama Jangan benci cintaku tengah trending bulan ni... Lepas tu pulak kisahnya berkaitan kecurangan... Apa salahnya kita take noted, adakah pasangan kita mulai curang.
Berdasarkan pembacaan, pengalaman orang sekeliling... Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu curang adalah seperti berikut :-
01 | Sentiasa memberi alasan setiap kali diajak berjumpa, pergi mana-mana atau sebagainya. Asyik sibuk memanjang. Kalau jumpa pun tak fokus dan asyik main handphone.
02 | Waktu bercinta atau di awal perkahwinan, kalau boleh setiap jam nak bergayut di telefon.Tapi, bila dah ada orang lain, sikap berubah 360°... Jarang dah nak call. Bila kita call ada sahaja alasan untuk mengelak daripada bercakap. Then, tetiba handphone sana sini bawak, siap ada kata laluan. Mesti ada somethings yang disorokkan. Betul tak?
03 | Bila jumpa je, asyik nak gaduh... Sentiasa nak cari silap pasangan. Benda remeh pun boleh jadi bahan gaduh. Sedangkan... Masa mula-mula bercinta... Pijak semut pun tak mati.
04 | Yang bertunang... Bila ditanya pasal bila nak kawin. Asyik nak tunda... Asyik nak mengelak. Sudahnya asyik bergaduh je.
Tu antara 4 tanda utama yang Fiza rasa memang orang akan selalu lalui bila pasangan berlaku curang. Betul tak? Walaubagaimana pun, ia sekadar info buat kita semua. Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegitu... Dan semoga kasih sayang kita dengan pasangan tidak mudah pudar hingga ke akhir hayat. Aamiin...
#Curang
#TandaSeseorangCurang
2 Comments
bila dah bergaduh sampai tak ada surutnya, elok berpisah je lah
ReplyDeleteoh sikit sikit nak berpisah, inilah dia perangai orang perempuan. Tak benda lain nak difikirkan dulu, bawak bincang ke hapa ! mentang mentang bukan ko yang keluar duit hantaran satu sen pun tak.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.