Assalamu'alaikum, hai...
4 Tip mudah tambat hati suami | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita di sini. Entri kali ini, Fiza nak berkongsi perihal... Bagaimana nak tambat hati suami dengan 4 tip mudah. Mungkin ada di kalangan kita sebagai isteri tertanya-tanya, bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menambat hati suami. Al-maklumlah, jika baru kawin mungkin tiada masalah kerana fasa bulan madu masih belum berakhir. Tapi, bagaimana pula dengan perkahwinan yang dah menjangkau puluhan tahun... Pastinya wujud anasir-anasir jahat yang menganggu sehingga boleh mengurangkan perasaan sayang pada pasangan.

Cara mudah menambat hati suami

BAGAIMANA MENAMBAT HATI SUAMI DENGAN MUDAH

Oleh demikian, berikut adalah beberapa tip untuk menarik kembali hati suami agar kekal mencintai kita.

#1. Berhias dan berwangian untuk suami
Suami amat gembira apabila melihat isterinya berhias cantik biarpun ketika berada di rumah. Rambut yang dihias rapi dengan calitan solekan nipis sudah cukup membuatkan perasaannya tenang... Lebih-lebih lagi ketika penat balik dari office. Bukankah itu peluang untuk si isteri mendapat pahala kerana berhias untuk suami halal.

#2. Masak makanan kegemarannya
Kata orang tua-tua, kalau ingin menambat hati suami... Maka tawanlah perutnya dahulu. Mustahil setelah lama berkahwin... Kita sebagai isteri tidak mengetahui apakah makanan kegemarannya. Jadi, sediakanlah menu yang disukai suami biarpun ia tidak sesuai dengan citarasa kita. Berkorbanlah sedikit untuk menarik kembali perasaan sayangnya. Jika tidak selalu, masaklah pada hari-hari istimewa kita dan suami. Pasti seronok. Betul tak?

#3. Sediakan minuman
Balik dari bekerja, pastinya suami keletihan. Sekiranya kita suri rumahtangga sepenuh masa, maka siapkanlah minuman dan makanan ringan buatnya. Paling tidak segelas kopi bersama dua biji donat. Meskipun tidak diminta, tetapi suami akan rasa cukup dihargai apabila diperlakukan sebegitu.

Berbeza jika kita seorang bekerjaya, hidangan ringkas juga perlu disediakan. Mungkin selepas suami balik dari bersolat di masjid atau berehat sambil menonton rancangan kegemarannya.

#4. Prihatin terhadap keperluan suami
Sudah menjadi tanggungjawab isteri agar memastikan segala keperluan suami dipenuhi dengan baik. Daripada makan minum hinggalah ke pakaian yang dikenakan. Sekiranya terlihat ada bahagian yang koyak di bajunya, maka ambiklah inisiatif untuk menjahitnya. Jangan buat tak tahu sahaja kerana penampilan suami di luar membawa imej kita sebagai isteri.

That it's...
4 cara mudah untuk menambat hati suami agar cintanya kepada kita terus berkekalan. Selamat mempraktikkannya.

Wassalam...

#Tiprumahtangga
#Tipmenambathatisuami