Assalamu'alaikum, hai...
APAKAH KESAN MENIUP MINUMAN YANG PANAS? | Alhamdulillah, cepatnya masa berlalu... Harini, hari Jumaat dah. Kan? Apa² pun, semoga harini lebih baik daripada hari semalam. Sehari tanpa entri, pastinya sunyi. Walaupun template blog tak siap sepenuhnya lagi... Fiza tetap nak update jugak satu entri.
Entri kali ni, Fiza nak share satu sikap manusia... Yang kekadang Fiza sendiri pun pernah melakukannya. Pernah tak korang meniup minuman yang panas? Mesti pernah kan...
KEBURUKAN DI SEBALIK TABIAT SUKA MENIUP MINUMAN PANAS
Tapi, in shaa Allah... Bila kita dah tahu keburukan disebaliknya meniup air yang panas, kita tak kan melakukannya lagi. Mudah-mudahan hendaknya...
Pertama sekali, dalam Islam tabiat sedemikian tidaklah dibenarkan. Rasulullah pernah bersabda : 'Apabila kalian minum. Janganlah bernafas di dalam gelas dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan ' [ HR. Bukhari ]
Sudah jelas lagi nyata, Rasulullah pun melarang kita meniup minuman yang panas walaupun tiada perincian asbabnya dan...
Dalam perubatan moden pun, melarang kita untuk meniup minuman... Kerana, di dalam air panas mengandungi (H2O). Jika bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut, maka akan menghasilkan H2CO3 (Asam Karbonat) dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, ia boleh mengakibatkan penyakit jantung. Nau'zubillahiminzalik...
Sebab itu kenapa kita dilarang meniup minuman yang masih panas. Bukan tu je... Bila kita meniup minuman, nampak seperti kita seorang yang gelojoh, tak penyabar... Sudahnya, lidah yang 'lukus'.
Semoga ia memberi manfaat buat kita semua.
Maksud lukus : melecur
1 Comments
Tu la selalu nak juga minum atau makan makanan panas tapi sebenarnya bahaya, ramai yang buat mungkin terlupa atau pun tak tahu. Zumal mohon share yer...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.