Assalamu'alaikum, hai...
5 Tips Menurunkan Alexa Rank | Alhamdulillah, syukur diberi peluang dan ruang untuk Fiza terus berkongsi cerita. Seperti kebiasaan, setiap hari Ahad... Fiza akan mengemaskini perihal alexa rank terbaru untuk blog fizacrochet. Tujuannya hanyalah satu... Untuk memastikan prestasi blog sentiasa dalam keadaan terbaik. Untuk mencapai sesuatu bukannya mudah... Kan? Semuanya perlukan usaha dan usaha.
BAGAIMANA HENDAK MENURUNKAN ALEXA RANK DENGAN MUDAH
Alhamdulillah, dengan mengamalkan beberapa tips yang disarankan oleh beberapa laman... Sedikit sebanyak, ia memberi kesan kepada penurunan alexa rank blog Fiza. Oleh yang demikian, entri kali ni... Fiza juga ingin berkongsi maklumat mengenai, apakah langkah yang perlu kita ambil... Dalam mempastikan alexa rank semakin menurun...
Jadi, dipendekkan cerita... Berikut adalah caranya.
#1. Kemaskini blog setiap hari.
Langkah pertama untuk menurunkan alexa rank dan paling penting adalah mengemaskini blog setiap hari. Satu entri satu hari, sudah cukup memadai. Ikut logik la kan... Takde entri terbaru, maka takdelah pengunjung. Tapi lainlah kalau entri blog kita telah mencecah ribuan... Contohnya, seperti blog mariafirdz... Pastinya trafik organic sentiasa ada. Trafik organik bermaksud... Trafik yang kita perolehi secara lansung dari mesin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Alhamdulillah, selepas 29 Julai... Fiza cuba untuk kemaskini blog setiap hari... Hasilnya... Sikit sebanyak, alexa rank menurun jugak. Bukankah ia sesuatu perkara positif yang perlu kita kekalkan. In Shaa Allah, selepas ni... Fiza cuba sebaik mungkin untuk mengemaskini blog... Satu hari satu entri.
#2. Entri kenalah original.
Cara kedua ini juga memainkan peranan penting terhadap penurunan alexa rank bagi sesuatu blog... Jika blog kita memiliki entri atau artikel yang panjang dan berkualiti... Itu merupakan nilai tambah bagi sesuatu blog. Dengan demikian, google akan lebih menyukai blog kita dan secara tidak lansung kita akan memperolehi lalu lintas kunjungan dari orang lain melalui mesin carian. Contohnya artikel mengenai Husna viral di media sosial yang pernah Fiza buat beberapa minggu yang lepas... Dengan gaya bahasa sendiri dan sedikit selitan bahan rujukan yang dikreditkan... Ternyata, menyumbangkan trafik yang tinggi untuk bulan ini.
#3. Promosikan dan blogwalking.
Cara ketiga pulak, memang perlu. Ia adalah teknik paling-paling mudah untuk turunkan alexa rank. Kenapa? Sebab, semakin banyak blog yang kita singgah... Maka semakin banyak trafik yang kita dapat. Sudah menjadi adat, bila kita mengunjungi blog orang lain dan meninggalkan jejak... Tak mustahil, mereka juga akan balas balik kunjungan kita. Seandainya mereka suka akan gaya penulisan kita... Tak mustahil, blog kita akan diletakkan di dalam bloglist mereka...
Demikian jugaklah dengan teknik atau konsep mempromosikan blog... Semakin banyak kita promosikan blog kita, maka semakin ramailah yang mengenali kewujudan blog kita. Mudah bukan. In Shaa Allah, selagi ada peluang... Fiza akan cuba yang terbaik.
#4. Membuat backlink dalam entri blog.
Langkah seterusnya, lagilah senang. Setiap kali menulis entri baru... Fiza cuba untuk kaitkan dengan entri yang lama dengan membuat backlink... Bila pembaca membaca entri yang kita tulis, mereka juga akan tertanya-tanya... Apakah cerita disebalik backlink yang kita kaitkan. Secara tidak lansung... Bila mereka klik pada link tersebut... Ia boleh menurunkan nilai bounce rate sekaligus memberi impak kepada penurunan alexa rank sesuatu blog. Sebab tu Fiza kata mudah. Kan?
#5. Template blog yang user friendly.
Tidak dinafikan... Penggunaan template juga memainkan peranan yang penting dalam menurunkan alexa rank. Lagi pula, banyak website yang menawarkan responsive template yang mana menawarkan ciri-ciri user friendly.
Kalau melihat kepada statistik yang Fiza sertakan... Ramai pengguna yang melayari internet menggunakan smartphone... Maka bersesuaianla dengan ciri yang terdapat pada responsive template. Fiza sendiri pun, kalau sesuatu blog tu tak mesra pengguna... Susah nak view... Memang terus out. That why, template blog penting dalam usaha kita untuk menurunkan alexa rank.
That it's, 5 cara untuk turunkan alexa rank yang Fiza praktikkan. Semoga memberi manfaat buat rakan yang lain.
Selamat mencuba!
1 Comments
terbaek.. sama2 kita usaha tingkatkan ranking. hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.