Assalamu'alaikum, hai...
Fizacrochet.com - Episod 11 dan 12 cinta bukan kristal menyaksikan rasa sayang antara Adrian dan Aryana semakin wujud. Manakala Sofea pulak binggung memikirkan... Siapakah perempuan yang dilihatnya di dalam phone Adrian... Yang begitu kelihatan mesra bergmbar di samping anak-anaknya.

Dek kerana fikiran bercelaru, dia berjumpa Faiz untuk bertanya kalau² Adrian ada perempuan lain. Namun, Faiz tidak mahu mengulas dan masuk campur urusan rumahtangga kawan karibnya... Sebaliknya mencadangkan supaya Sofea bertanya sendiri dengan Adrian. Ika kawan karibnya pulak tak habis² suruh Sofea bertindak cepat agar Andrian memberitahu siapa Sofea.

Suatu malam, before tidur... Sofea bertanya kepada Adrian, siapa Aryana? Jawapan Adrian ringkas... Aryana budak kampung, naive dan anak angkat kepada Dato' Manan. 

Syafiq pulak masih tercari² akan Aryana sambil menjual burger di bandar KL. Syira pulak cuba elak daripada mengangkat panggilan dari Syafiq dan dia jugak mulai bosan dengan perangai Aryana... Berlagak dan buat rumah Syira seperti hotel... Ke mana je pergi, lansung tak bagitau Syira...

Episod 11 dan 12 cinta bukan kristal

Bila melihatkan Sofea seperti curiga akannya, tetiba Adrian bersuara untuk bawak anak² dan isterinya pergi bercuti ke Langkawi. Dia juga turut menghadkan panggilan telefon kepada Aryana. Apalagi Aryana... Apabila phone call dia tak berangkat... Sasaran terakhirnya adalah dengan mengambil anak perempuan Adrian di sekolah. 

Bila berjumpa di mall, tetiba anak Adrian terlepas cakap mengatakan mereka akan ke Langkawi... Aryana merajuk... Dan rajuknya di bawak sampai balik kampung.

Bila dia balik kampung, Adrian lansung tidak menelefonnya. Tapi, walaupun sibuk bercuti... Suatu masa berlaku insiden di pantai, anaknya hampir lemas... Sedangkan masa tu dia sibuk untuk cuba menelefon Aryana. Apalagi, Sofea sangat marah... Begitu juga masa dorang nak check-out... Adrian kantoi terbawa handphone ke tandas, sedangkan sebelum ni dia tidak pernah membawa handphone ke tandas.

Masa balik bercuti pun, di pejabat Adrian seperti tidak fokus sehinggakan Faiz perasan dan cuba untuk menasihatinya agar tidak mencampur-adukkan urusan kerja dengan peribadi.

Manakala Ika... Kawan baik Sofea pulak dapat kerja menjadi pensyarah di fakulti yang sama dengan Sofea. Apalagi, mereka berdua keluar sama untuk makan tengahari. 

Di satu sudut lain, Adrian pulak ke pejabat Dato' Manan untuk menghantar ole-ole dari Langkawi. Bila dia dapat tahu Aryana balik kampung... Dia pun pergi ke kampung Aryana. Apalagi Aryana... Happy la si buah hati mengejar sampai ke kampung.

Kemudian, dua hari berada di kampung... Adrian bawak Aryana balik KL. Apalagi Syira... Sangat marah dengan Aryana. Mana taknye, rumah Syira dibuatnya seperti hotel... Barang dia disidaian pun tidak berangkat... Mendengarkan Syira marah... Kemain sombong lagi Aryana kata nak pindah.

Di rumah Adrian pulak sampai malam... Sekali lagi Sofea bertanyakan pasal Aryana. Tergagap-gagap Adrian menjawab... Apakah yang berlaku seterusnya, kenalah tengok sambungan episod 13 malam ni ok.

Salam Jumaat semua.

#AkasiaTerbaru
#CintaBukanKristal