Assalamu'alaikum, hai...
Motivasi Untuk Hari Isnin? | Contohnya, karya Hellen Stillfusen.
MONDAY
Let's GO!
Start with a positive mindset
YES! It's going to be a great week
Motivation quotes pagi Isnin ini cukup sesuai buat mereka yang selalu menghadapi #Mondayblues 😂
Dulu... Masa bergelar pelajar mahupun pekerja sementara, hari Isnin pastinya menjadi hari yang sangat malas untuk pergi kuliah mahupun pergi bekerja.
Entahla! Seperti satu sindrom yang menjadi kebiasaan dalam diri. Asal Isnin je, mesti malaaaasss sangat. Kalau boleh nak tidur puas². Adakah korang jugak turut merasai apa yang Fiza rasai?
Tapi, kalau dilayan sangat #Mondayblues tu... Boleh jadi sepanjang hari mood asyik swing je. Kan?
15 TIP MENANGANI #Mondayblues
Oleh yang demikian, pada kesempatan ini jugak... Fiza ingin kongsikan cara praktikal yang mana mungkin dapat membantu kita daripada menangani monday blues. Antaranya ialah...
- Sebolehnya, latihkan diri supaya tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam tersebut. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga.
- Kemudian, Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (sebaiknya waktu malam sebelum).
- Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.
- Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh. Jika ada masa, apa salahnya bersenam terlebih dahulu.
- Rancang perjalanan setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.
- Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.
- Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri. Buka minda dan hati.
- Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.
- Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.
- Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.
- Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.
- Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh diaplikasikan di tempat kerja esok hari.
- Dari segi penampilan diri, cuba ubah suai penampilan supaya tidak bosan.
- Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.
- Mulakan hari dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.
Paling penting, jangan lupa berdoa moga hari Isnin lebih ceria dan bersemangat. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. (al-Bukhari)
Itu antara 15 tips bagaimana hendak menangani #Mondayblues yang dipetik dan diolah balik daripada sumber page Islamik.
Semoga bermanfaat buat kita bersama.
1 Comments
perlu motivasi tinggi ari senin tok. hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.