Assalamu'alaikum, hai...
Kenapa mata berkedip-kedip? | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Entri kali ini, Fiza ingin menyentuh mengenai perihal mata berkedip-kedip ataupun disebut eye twitching atau 'Myokymia'. Ada jugak yang sebut mata berkelip-kelip. Apa pun sebutan, ia tetap perkara yang sama. Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
Walaubagaimana pun, kita sememangnya jarang mengalaminya, bukan. Tapi... Bila kita bagitau mata berkedip-kedip dengan orang lebih tua... Rupanya, mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenapa mata berkelip-kelip.
Kredit : islamituindah |
MITOS MENGENAI MATA BERKEDIP-KEDIP
Pada mereka, jika mata sebelah kiri bergerak atau berkelip-kelip... Bermakna, ada perkara tak baik terjadi. Manakala, kalau sebelah kanan pulak yang berkedip-kedip ataupun bergerak... Bermaksud, ada perkara baik yang berlaku. Sejauh mana kebenarannya mitos tersebut, wallahu'alam.
Sebab, bukan nak percaya atau tidak... Fiza pun pernah alami mata berkedip-kedip di sebelah kiri. Takde apa pun berlaku... Ke mungkin orang dulu-dulu buat andaian berdasarkan kebetulan. Wallahu'alam...
Baca : Mitos rama-rama masuk rumah
6 PUNCA KENAPA MATA BERKEDIP-KEDIP
Manakala dalam bidang perubatan pulak, mata berkedip-kedip berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin kita alami. Antaranya ialah :-
#1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh kita adalah mungkin berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya mata berkedip-kedip.
#2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain jugak mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi pasti akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.
#3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching. Disarankan apabila mengalaminya, hendaklah membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika terpaksa jugak bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, dicadangkan untuk memakai kaca mata khusus untuk pengguna komputer.
#4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan jugak akan menyebabkan masalah eye twitching.
#5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada mereka yang terlibat sebagai pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
#6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Itu antara lain maklumat berkaitan mitos dan dari segi perubatan moden mengenai punca mata berkedip-kedip. Nasihat Fiza, setiap kali menghadapi masalah kesihatan... Segeralah berjumpa doktor... Itu lebih baik daripada mendengar mitos semata-mata...
Semoga info ini memberi manfaat buat kita semua. Korang pernah dengar tak mengenai mitos mata berkelip?
#Mitosmatabergerak
#Puncamataberkedip
#Sebabmataberkelip
2 Comments
terbaek info tok :)
ReplyDeleteZumal pernah jadi tau, tapi bagi zumal ia mungkin adalah alamat yang Allah hantar buat kita. Sebab seumur hidup dua kali zumal perasan ia berlaku dan berakhir dengan kehilangan orang yang tersayang...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.