Assalamu'alaikum, hai...
Telefilem Retak TV3 | Fiza sejenis yang susah nak tidur... Bila berada di tempat yang baru. Walaupun penat sebenarnya... Fiza layan jugak cerekarama Retak lakonan Ayda Jebat semalam.
Baca Juga : Review Rajah Court Hotel, Kuching Sarawak
Pelakon Retak
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem retak adalah seperti Azrel Ismail sebagai Is, Ayda Jebat sebagai Saida, Shariza Mahmud sebagai ibu Is, Riz Amin sebagai bapa tiri Saida dan Liza Rafar sebagai ibu Saida.
Sinopsis Penuh Kisah Di Sebalik Drama Retak
Dalam drama tersebut, Is berasal dari golongan keluarga orang biasa dan Saida pulak berasal daripada golongan berada. Walaupun berlainan darjat, namun cinta telah menyatukan Is dan Saida... Walaupun pada hakikatnya ibu Is tidak menyukai Saida.
Selepas berkahwin, Saida tinggal di rumah mertuanya. Apa sahaja Saida buat, semuanya tak kena di mata dia. Saida pulak jatuh sakit. Bermacam-macam spekulasi jiran mertuanya cakap. HIV la... Mengandung la...
Sampai satu tahap... Ibu Is bagi pregnancy test dengan Is untuk buat test melihatkan keadaan Saida selalu termuntah. Is pulak marah² Saida. Al-maklumla, mereka baru sahaja berkahwin... Mungkin dia fikir itu bukan anaknya... Disebabkan Saida lemah, dia pengsan. Bangun dari pengsan... Saida akur lalu membuat UPT... Ternyata negative. Is berbaik semula seperti biasa dengan isterinya.
Namun, tidak berapa lama selepas tu... Saida mengandung. Semasa berjumpa doktor... Saida turut menceritakan masalah kesihatan yang dia hadapi. Namun, doktor tersebut terpaksa refer Saida dengan doktor pakar.
Semasa berjumpa doktor pakar, Saida disahkan menghidapi kanser darah atau limfoma. Tiap kali jumpa doktor, Is lansung tak menemaninya... Kerana tak mahu Is binggung, Saida lansung tak angkat call Is... Sampai satu tahap hubungan mereka menjadi dingin.
Namun, di usia kandungan Saida hampir 9 bulan... Is mengetahui perkara sebenarnya dan menyuruh Saida membuat rawatan. Saida tetap dengan pendiriannya... Dia tak mahu merisikokan anaknya. Tapi, demi Is akhirnya dia mendapatkan rawatan jugak.
Rezeki bukan milik mereka. Bayi yang dikandung, akhirnya meninggal dunia. Namun, Saida pulih sepenuhnya. Telefilem retak tamat dengan hadirnya seorang anak angkat dalam hidup Saida dan Is. Ibu mertuanya pun dah berbaik dengan Saida.
Pendapat Peribadi Tentang Drama Retak
Pada Fiza, ceritanya agak slow. Tapi nak jugak tahu kesudahan ceritanya. Fiza boleh je layan sampai habis. Jika diberi bintang... Fiza bagi 6/10 sahaja. Ceritanya lansung tak membuatkan kita tertanya-tanya... Malah, setiap scene seperti boleh dijangka apa yang berlaku. Bak kata encik suami... Jalan cerita dan tajuk seperti tiada kaitan.
#cerekaramaterbaru
#telefilemterbaru
#retaktv3
4 Comments
tak dan tenguk
ReplyDeleteTakpe pakcik WP, kat youtube pun boleh tengokπ
Deleteblm gik ngga cerita ya. hehe
ReplyDeleteDi hotel sik banyak gilak channel. Pakey ngilang boring mata x mok tido... Tangga ajaklah π
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. πππ#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.