Assalamu'alaikum, hai...
Fizacrochet.com - Alhamdulillah, harini encik suami mintak dibuatkan menu ayam masak merah. Seawal jam 8 pagi dia ke market basah untuk belikan bahan. Fiza pulak duduk rumah... Malas nak ajak anak² jalan-jalan. Lately, hfmd still ada. So, untuk mencegah... Sebaik-baiknya elak daripada bawak anak² ke tempat awam. Hurmmm... Seminggu cuti di rumah mertua... Sekali-sekala je keluar rumah.
Ok! Berbalik kepada kisah menu ayam masak merah. Sebagai blogger tak sah rasanya tak letak resepi di blog. Kali ni, resepi daripada blog aziekitchen.com
Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
Bahan²nya adalah seperti berikut :-
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang, cili besar, tomato dan tauhu kering- tabur
Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara memasak pulak:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.
Alhamdulillah, resepinya menjadi... Encik suami pun kata sedap. Cumanya Fiza kurangkan cili kisar sebab fikirkan anak² nak makan sekali.
Mudah kan? Selamat mencuba.
7 Comments
Masak yang simple2 tu yang sedap kan...SA pun sama..lately ni malas nak berjalan...x tau la apesal ntah
ReplyDeleteTu la... Dengan cuaca yang berjerebu lagi... Semakin malas nak keluar rumah.
Deletenang nyaman :)
ReplyDeleteHaha... Nampak macam nyaman nak. Tapi x tauk orang lain merasa. Hehe..
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Terima kasih ya sudi singgah sini. Nanti di pikirin dulu ya... Mau atau enggak...
Deletegabung dengan dhal sedap ni. eh dah macam nasi tomato plak ")
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.