Assalamu'alaikum, 
Selamat Pagi.

Petua Bagaimana Nak Hilangkan Getah Cempedak | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Walaupun sekarang ni berada di rumah mertua... In Shaa Allah, Fiza akan carik masa jugak untuk update blog.

Sepertimana yang kita ketahui, sekarang ni musim buah dan antara buah yang menjadi kegemaran masyarakat selain daripada durian, adalah buah cempedak. Pergh!!! Kalau buat cekodok cempedak... Minum pulak dengan milo ais musim panas ni... Mahunya habis sepinggan. Haha... Betul tak?

Cara buang getah cempedak yang melekat di tangan
Kredit : rumahtanaman

Cara Hilangkan Getah Cempedak Di tangan Dengan Mudah

Cuma tu la... Bila kita bukak buah cempedak... Pasti getahnya akan melekat di tangan. Tapi, yang guna sarung tangan mungkin tak kan menghadapinya. Betul tak?

Jangan risau... Petua orang tua dulu-dulu pasti ada. Alhamdulillah, setakat ni tak menjadi masalah bila getah cempedak melekat pada tangan. Hanya gosokkan tangan dengan minyak masak... Kikiskan getah yang melekat... Dah habis, cuci dengan sabun... In Shaa Allah, petuanya pasti berkesan. Selain cempedak, getah nangka pun boleh dibuangkan dengan cara ni. Cara ini juga boleh digunakan supaya getah tak melekat di pisau. Caranya... Sebelum potong cempedak atau nangka, pastikan pisau dioles dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Okeh!

Alhamdulillah, antara menu breakfast kami pagi tadi adalah cucur cempedak. Korang pulak bagaimana? Dah breakfast ke belum? 

#Petuabuanggetahcempedak.