Assalamualaikum, hai...
CARA BETUL MASAK MI SEGERA - Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita dari semasa ke semasa. Semalam semasa scroll FB, Fiza tertarik dengan satu status berkaitan dengan cara yang betul untuk memasak mi segera.
Bila bercakap pasal mi segera, untuk cepat... Kita sering masak mi mengikut cara penyediaan di bungkusan... Didihkan air, kemudian masukkan mi segera dan perencah. Dah siap! Tahukah anda, ia adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH. Tapi... Itulah kebiasaan yang sering kita lakukan. Betul tak?
Tahukah anda?
Cara tersebut sebenarnya menyebabkan kita telah merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa terutamanya kandungan MSG di dalamnya... Yang mana, ia akan mengubah struktur molekul MSG dan sekaligus menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik. Sangat tak baik untuk tubuh badan kita ok!
Baca Juga : Bihun sedap dan mudah untuk disediakan
Kemudian, Mi segera juga disalut dengan lilin makan dan ianya akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas dimakan. Kalau dah kerap sangat makan instant mi, hampir setiap hari... Dengan cara yang salah pulak ketika memasak... Bayangkan, betapa susahnya usus kita nak proses mi segera tersebut. Nauzubillahiminzalik...
CARA SEBENAR UNTUK MEMASAK MI SEGERA
Oleh yang demikian, entri kali ni jugak Fiza ingin berkongsi informasi bagaimana cara yang betul untuk memasak mi segera.
- Pertama, rebus mi di dalam periuk berisi air.
- Setelah masak, toskan dan buang air tersebut... Sebab air tersebut mengandungi lilin.
- Rebus air dalam periuk yang lain sehingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi dan matikan api.
- Masukkan serbuk perasa. Kalau nak kering, toskan mi tersebut untuk mendapatkan mi kering.
Sumber dari facebook
Mudah kan?... Kekadang, benda simple pun kita tak tahu, betul tak?. Memasak pun memerlukan seni dan cara yang betul. Kalau salah kaedah memasak, kesannya... Badan kita yang menanggung. Semoga ia memberi manfaat buat kita semua.
Sekian.
3 Comments
Nampaknya dah berpuluh tahun la makan mee segera dengan salah cara...kena tukar la lepas ni...
ReplyDeletegood info :)
ReplyDeleteYes this is my style, yg rebusan pertama lama kan sikit, buang lilin, cuci dgn air sejuk hingga jernih. Rebus lagi, perencah dlm mangkuk br campur. Rasa lebih sedap dan bau tak kuat kan.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.