Assalamu'alaikum, hai... 
Isteri Cantik, Tidak Semestinya Baik! | Alhamdulillah... Kekadang, Fiza suka baca pantun. Bagi Fiza, bahasa pantun sungguh menarik dan santun bila dilontarkan. 


Pantun budi
Pantun Budi #1 : Isteri cantik, tak semestinya baik

Walaupun, pantunnya mungkin dalam bentuk sindirin... Namun, bahasanya tidak kesat... Tapi sangat mendalam maksud disebaliknya. 

Sebagai contoh :
Apa guna berkain batik, 
Kalau tidak dengan sajinya, 
Apa guna beristeri cantik, 
Kalau tidak dengan budinya. 

Sangat indah bait bahasanya bukan?... Walaupun hakikatnya ia adalah merupakan sindirin. Itu budaya masyarakat terdahulu... Suka berpantun dalam menyampaikan sesuatu mesej. 

Zaman dah berubah... 

Sekarang ni, sepertinya masyarakat lebih gemar melontarkan bahasa kesat dalam berbicara. Sebab tu sampai ada kes bunuh kawan sekerja. Semuanya dek kerana kelancangan mulut berkata-kata. 

Walaupun kita tidak lagi menggunakan pantun dalam kehidupan seharian kita... Tapi, kita kena sopan dalam berbicara... Jangan nak emo tak sudah-sudah... Nanti tak pasal² pulak orang labelkan kita... Muka je cantik, perangai... Macam setan... Dengar pun, macam berapi je telinga kan. 

Pengajarannya... Walau setinggi mana pun peradaban, biarlah kita menjaga kesantunan kita... Terutamanya buat kaum hawa. 

Entri sekadar untuk mengingati diri sendiri. Apa² pun... Selamat bertugas semua. Terima kasih buat mereka yang sudi singgah di blog Fiza... In Shaa Allah, nanti Fiza akan balas kunjungan korang ok. 

#Pantunbudi