Assalamu'alaikum, hai...
Episod 2 Dan 3 Cinta Bukan Kristal | Sebuah drama yang Fiza rasakan, kesunyian sebagai punca mengapa suami mencari yang lain. Namun, sebagai suami yang baik... Carilah jalan yang terbaik untuk memperbaiki hubungan. Itu Fiza kata...
Dah namanya pun drama...
Sah²la #dramasangat, ye tak? Apa² pun, dalam episod minggu lepas, Aryana akhirnya pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah kawan sekampungnya, Syira. Manakala Syafiq pulak tidak keruan apabila mendapat tahu Aryana sudah pun ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya.
Sah²la #dramasangat, ye tak? Apa² pun, dalam episod minggu lepas, Aryana akhirnya pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah kawan sekampungnya, Syira. Manakala Syafiq pulak tidak keruan apabila mendapat tahu Aryana sudah pun ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya.
Di Kuala Lumpur, kisah Adrian dan keluarganya jugak timbul. Sofea, isterinya sentiasa sibuk bekerja sebagai pensyarah... Dan dalam masa yang sama, menyambung pelajaran.
Adrianlah yang banyak menguruskan hal anak-anak, walaupun dia jugak sibuk bekerja. Bila bosan, Adrian akan lepak. Tak pun... Akan pergi ke gym bertemankan kawannya si Faiz.
Adrianlah yang banyak menguruskan hal anak-anak, walaupun dia jugak sibuk bekerja. Bila bosan, Adrian akan lepak. Tak pun... Akan pergi ke gym bertemankan kawannya si Faiz.
Setelah beberapa hari tinggal di rumah Syira, akhirnya Aryana dapat kerja sebagai pelayan restoran. Namun, malang tak berbau... Dia telah tertumpahkan minuman di baju Dato' Manan... Yang akhirnya, menyebabkan dia dipecat.
Masa balik dari restoran tersebut... Dato' Manan datang meminta maaf. Tapi Aryana tidak menyalahinya dan dia akur dengan apa yang berlaku adalah kesilapan dari dia. Aryana kembali menganggur. Apalagi, duduk rumah... Masak untuk Syiralah jawabnya.
Sementara Adrian pulak melalui hari-hari yang sunyi tanpa isteri di sisi... Yang hanya ada anak² sebagai peneman di kala sunyi. Sofea pulak... Pagi pergi kerja, tengah malam baru balik. Kekadang Adrian masak, tunggu sampai tertidur di meja makan.
Melihatkan isterinya yang sering balik lewat, Adrian turut menyuarakan pendapat supaya dia berhenti kerja. Malangnya, Sofea tidak bersetuju kerana itu adalah cita-citanya dan Adrian pun dah bersetuju supaya dia menyambung pelajaran sebelum kawin lagi.
Mendengarkan kata² isterinya, Adrian diam dan melalui kehidupannya seperti biasa.
Dato' Manan pulak asyik mencari jalan bagaimana hendak berjumpa dengan Aryana. Apakah tujuannya? Sama² kita saksikan nanti di dalam episod 3 malam ni.
Sekian... Write-up episod 2 dan 3 untuk drama bersiri slot akasia terbaru, cinta bukan kristal.
1 Comments
memula mak dok rajin follow.. tapi skrng dia x tngk. katanya tak brkenan hero.. iols pun pila check sapa dia hero ooops =P
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.