Assalamu'alaikum, hai...
Episod 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Cinta Bukan Kristal | Hurmmm... Write-up kali ni pulun untuk seminggu yer. Hehe...
Alkisahnya...
Dato' Manan mencari Aryana... Rupanya dia ingin menawarkan pekerjaan buat Aryana. Aryana bekerja sebagai kerani di pejabat Dato' Manan. First day kerja, dia bertembung dengan Adrian dengan secara tidak sengaja... Dia telah menumpahkan kopi di pakaian Adrian. Sejak peristiwa itu... Aryana asyik teringatkan Adrian. Ciri² lelaki yang dia nak, semuanya ada pada Adrian.
Sofea pulak cuba untuk mengambil hati suaminya dengan memberikan kejutan pada hari ulangtahun perkahwinan mereka. Adrian suka... Namun, bila balik office... Dia teringat pulak dengan nasi goreng belacan pemberian Aryana. Dato' Manan pun sama... Sampai ke rumah cerita Aryana dibawak. Apalagi, isterinya cemburu dan mulai mencurigai Dato' Manan. Untuk elakkan fitnah atau salah sangka, Dato' Manan bawak Aryana ke rumah berjumpa isterinya. Mereka berkenalan dan isteri Dato' Manan pun suka akan Aryana. Siap nak ambik sebagai anak angkat lagi.
Suatu hari Dato' Manan dan Adrian ajak Aryana keluar makan. Dari situla, Aryana tahu bahawa Adrian dah ada isteri. Hancurnya hati dia sampai balik kampung.
Di kampung pulak, bekas suami maksu Aryana asyik kejar maksunya... Untuk mintak duit. Syafiq pulak tak habis² carik Aryana. Namun, dia tidak memperdulikan Syafiq. Aryana turut menceritakan perihal dia dan Adrian dengan Maksunya. Bukannya nak halang... Menggalakkan lagi ada.
Balik ke KL, Adrian siap ambik lagi Aryana. Syafiq pulak berhijrah ke KL untuk mencari Aryana. Aryana pulak walaupun tahu Adrian sudah bekeluarga, dia tetap menjalinkan hubungan dengan Adrian sampaikan kawan rapat Sofea ternampak mereka begitu mesra makan bersama.
Balik rumah pun, Aryana tersengeh-sengeh memandang handphone. Syira perasan lalu menasihatinya, jangan berasa gembira di atas kesedihan orang lain. Namun, Aryana tidak menghiraukannya. Adrian pulak, bila Sofea bagitau berkali-kali phone berbunyi... Dia menipu mengatakan Faiz yang telefon.
Kawan rapat Sofea juga turut menceritakan perihal Adrian dengan seorang perempuan kepada Sofea. Namun, Sofea menafikannya... Kerana sikap Adrian terhadapnya tidak pernah berubah.
Adrian dan Aryana seringkali berjumpa berdua-duaan... Sampai di office, Dato' Manan perasan dan turut menasihati Aryana. Tapi, Aryana tetap berjumpa Adrian. Siap belikan hadiah buat harijadi Adrian. Masa mereka dalam perjalanan hendak ke Genting untuk menyambut harijadi Adrian, tetiba ayah Adrian call suruh balik... Kononnya dia sakit. Apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tengok kesinambungan ceritanya malam ni dalam episod 10.
#akasiaterbaru
#cintabukankristal
#dramasangat
6 Comments
Best ker cerita ni....
ReplyDeletekinkohyo.blogspot.com
Bolehla layan. Haha...
Deletemalas dah layan cerita tv3.. semua pasal curang jak. haha
ReplyDeleteBena kata ktk, sik alah² cerita org laki curang. Bini curang blom gik. Kali lepas tok kali. Kmk ada masa layan juak... Atang sigat.
DeleteTak layan sebab tak suka hero dan heroin, gedik geduk je 😄
ReplyDeleteSakit ati nangga olahan hero dgn heroinnya nak? 😂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.